‘Saya harap pelumba kita cipta kejutan’

myMetro>Arena>21/1/2011

 

BAHANG kehangatan Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) semakin dirasai.

Tiga hari sebelum kejohanan paling berprestij di pentas Asia itu membuka tirai di Langkawi, Kedah, beberapa pasukan sudah mula tiba di bumi yang cukup sinonim dengan legenda Mahsuri itu.
Antara pasukan terbabit ialah Aisan Racing Team, Giant Kenda Racing Team, Farnese Vini – Neri Sottoli, Androni Giocattoli, Europcar, Landbouwkrediet dan Chipotle Development Team – Garmin Continental.

 

Bagaimanapun, tumpuan sudah pasti terarah kepada kelibat enam pelumba skuad kebangsaan Malaysia dibarisi Suhardi Hassan (gambar) yang bertindak sebagai kapten selain Amir Mustafa Rusli, Muhammad Rauf Nur Misbah, Loh Sea Keong, Ahmad Fakhrullah Alias dan Mohd. Nur Rizuan Zainal.
Yang jelas, ada amanat penting mahu disampaikan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab kepada barisan pelumba kendalian jurulatih kelahiran Australia, Graham Seers itu.
Bagi Abu Samah, sudah sampai masanya keenam-enam pelumba negara ini membuktikan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh peminat sukan tanah air, sekali gus melonjak nama Malaysia di peta antarabangsa.

 

~ by missjewelz on January 21, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: