myMetro | Tindakan bijak

myMetro | Tindakan bijak.

Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


JURULATIH perseorangan kebangsaan Rashid Sidek menyambut baik hasrat Muhd Hafiz Hashim untuk meninggalkan pasukan kebangsaan selepas pemain itu sendiri mengakui gagal meningkatkan permainan dan mahu mencari peluang lain yang boleh mengubah permainannya di luar Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Selepas tewas di tangan Chen Long kelmarin Hafiz menyatakan bahawa tiada apa lagi boleh dia sumbangkan kepada pasukan kebangsaan.
Katanya lebih baik peruntukan BAM kepadanya untuk ke kejohanan antarabangsa, digunakan untuk pendedahan pemain pelapis.

 

Malah Hafiz sendiri mengakui tiada motivasi yang boleh meningkatkan permainannya sepanjang berlatih dalam skuad kebangsaan sekali gus mahu keluar mendapatkan cabaran baru sebagai pemain profesional.
Rashid yang ditemui berkata dia tidak terkejut dengan keputusan Hafiz dan menganggap setiap pemain tahu menilai kemampuan sendiri selain menentukan hala tuju kerjaya demi masa depan.
“Saya tidak terkejut dengan keputusan Hafiz kerana dia sendiri tahu kemampuannya, malah dia sendiri mengakuinya. Lebih penting pemain perlu ikhlas walau di mana mereka berada,” kata Rashid.

 

 

“Dia mahu keluar dengan cara baik dan mahu BAM fokus kepada pemain pelapis dengan peruntukan yang disediakan ke atasnya,” kata Rashid lagi.
“Tidak ramai pemain sanggup mengaku kelemahan sendiri. Sudah ramai saya lihat pemain badminton yang menuding jari menyalahkan orang lain demi menutup kelemahan sendiri dan perkara ini boleh dijadikan pengajaran kepada pemain muda.

 

“Hafiz mengambil tindakan bijak sebagaimana Wong Choong Hann lakukan tiga tahun lalu selepas pemain veteran itu mengakui bertanggungjawab atas kerjaya sendiri dan akhirnya dia mendapat motivasi dan bermain lebih baik untuk meneruskan kerjaya dalam badminton.” Rashid turut menambah bahawa Hafiz tidak akan menghadapi kesukaran jika bergelar pemain profesional kerana pemain itu pernah menempuh pengalaman sama ketika bersama Nusa Mahsuri.
Hafiz secara terus terang menafikan akan menyertai Nusa dan tindakannya itu tidak dipengaruhi isu peletakan jawatan jurulatih Datuk Misbun Sidek.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata permintaan Hafiz boleh diselesaikan dengan baik selepas Hafiz menghantar surat kepada BAM sebelum mesyuarat Majlis Ahad ini.

~ by missjewelz on January 21, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: