Hafiz buat tindakan tepat – Rashid

Utusan Malaysia>21/1/2011

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Muhammad Hafiz Hashim untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin mengejutkan banyak pihak tetapi tidak buat ketua jurulatih perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek.

Rashid percaya, juara All England 2003 itu membuat keputusan yang tepat apabila mencari jalan keluar untuk menyelamatkan karier badmintonnya, malah beliau berkata, tindakan Hafiz yang berani dan yakin dengan apa yang dimahukan harus dipuji.

Beliau turut memuji sikap pemain itu kerana berani mengakui kelemahan dan berusaha untuk memperbaikinya, sambil menyifatkan Hafiz hanya segelintir daripada pemain yang mempunyai keberanian untuk mengambil keputusan yang dianggap sebagai berisiko.

“Saya tidak terkejut dengan apa yang diumumkan Hafiz, pada saya dia membuat satu keputusan tepat, malah mempunyai keberanian untuk mengakui kelemahan. Tidak ramai pemain berani mengambil tindakan sepertinya.

“Ada pemain dia tahu dia sudah tidak berkemampuan tetapi masih mahu berada di BAM kerana hendak menikmati faedah yang ada.

“Bagus juga dia ada kesedaran untuk memperbaiki kelemahan. Dia kini tidak berada pada tahap yang bagus dan mungkin dengan bermain di luar akan membantunya menangani masalah kemerosotan prestasi yang dialami sejak beberapa tahun lalu,” kata Rashid.

 

~ by missjewelz on January 21, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: