Cabaran wanita berakhir

Utusan Malaysia>21/1/2011

KUALA LUMPUR – Tiada wakil wanita negara yang mampu meneruskan saingan pada Kejohanan Terbuka Malaysia peringkat suku akhir hari ini, selepas perseorangan utama wanita negara, Wong Mew Choo dan dua pasangan beregu wanita tersingkir dalam perlawanan kedua semalam.

Mew Choo tewas kepada pemain pilihan pertama kejohanan, Wang Xing dari China dengan keputusan 16-21 21-17 9-21, turut tersingkir ialah pasangan Vivian Hoo-Lim Yin Loo dan gandingan Marylen Ng-Woon Khe Wei.

Kekalahan perseorangan wanita negara, Mew Choo dalam perlawanan kedua kejohanan semalam akan dijadikan sebagai pengajaran paling bermakna buatnya untuk mengharungi tahun 2011 dengan lebih baik selepas ini.

Mew Choo menggangap kekalahan tersebut kepada pemain pilihan pertama kejohanan, Wang Xing dari China dengan keputusan 16-21 21-17 9-21 adalah keputusan yang tidak terlalu teruk baginya.

Katanya, keputusan yang diperolehi itu menunjukkan bahawa prestasinya kini semakin baik pada awal tahun ini sebelum mengharungi beberapa kejohanan besar selepas ini.

Tambahnya, ini adalah kali pertama dia dapat meneruskan perlawanan sehingga ke set penentuan sewaktu berhadapan Wang Xing.

‘‘Sebelum ini amat sukar untuk saya bermain sehingga set ketiga bersama pemain itu dan pada perlawanan hari ini ada kemajuan yang dipamerkan,’’ katanya.

~ by missjewelz on January 21, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: