Mew Choo kembali di landasan

UTUSAN MALAYSIA > Januari 20, 2011

KUALA LUMPUR – Prestasi perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo di landasan terbaik setelah menjinakkan pemain China, Lu Lan 13-21 22-20 21-12 di Bukit Jalil, semalam.

Kejayaan itu juga berkait rapat keserasian antara pemain berkenaan dengan Wong Tat Meng sejak dibimbing jurulatih itu September lalu.

Mew Choo berkata, kemenangan tersebut membakar semangatnya untuk menghadapi perlawanan hari ini yang lebih mencabar.

‘‘Saya akan cuba yang terbaik selain memastikan saya tidak hilang fokus kerana esok (hari ini) saya bakal berhadapan pemain ranking enam dunia, Wang Xin dari China.

‘‘Sebelum ini saya pernah dua kali bermain dengan pemain itu, namun belum pernah ada rekod menang ke atasnya, tetapi apa yang saya mampu katakan ia akan menjadi satu perlawanan yang amat sengit nanti,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan pertama kejohanan tersebut di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Dalam pada itu, Mew Choo turut mengakui dia senang berada di bawah jurulatih barunya itu, memandangkan Tat Meng pernah melatihnya dari 2005 hingga 2007.

‘‘Tat Meng banyak membantu saya serta banyak memahami apa yang selesa buat saya.

‘‘Sebelum ini juga kami pernah bekerja bersama, mungkin itu menjadi kelebihan untuk saya memperoleh kemenangan kali ini,” katanya.

Kejayaan Mew Choo bagaimanapun tidak dapat diekori dua lagi pemain perseorangan negara, Tee Jing Yi dan Lydia Cheah.

Jing Yi tewas kepada pemain Jerman 23-25 13-21, manakala Lydia Cheah tumpas kepada Tai Tzu Ying dari Taiwan 21-17 19-21 24-26.

~ by missjewelz on January 20, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: