LTdL 2011 medan pertemuan sengit jagoan dunia

UTUSAN MALAYSIA > JANUARI 20, 2011

Malaysia sekali lagi akan menganjurkan perlumbaan terhebat Le Tour de Langkawi (LTdL 2011) yang membuka tirai pada 23 Januari ini.Jika tahun lalu penganjuran LTdL mendapat pengiktirafan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dengan penyerahan sijil Penganjuran Tahap Terbaik, bagaimana pula persiapan dan perancangan perlumbaan 2011, 

Wartawan Utusan Malaysia, FERZALFIE FAUZI mengajukan lima soalan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2011, Mohamed Salleh mengenai perkara ini.

UTUSAN: Bagaimana persiapan untuk perlumbaan LTdL 2011 yang akan bermula beberapa hari lagi?

MOHAMED: Secara keseluruhannya memang kami sudah bersedia. Apa yang boleh saya katakan ialah tidak ada sebarang masalah besar yang menghalang penganjuran kali ini. Malah, saya rasakan pasukan dan pelumba yang mengambil bahagian juga sangat hebat dan kita akan lihat bagaimana prestasi mantap mereka pada peringkat pertama Ahad ini di Pulau Langkawi.

Adakah setiap kerajaan negeri yang akan dilalui oleh pelumba LTdL 2011 ini sudah bersedia dan memberi kerjasama yang baik?

Mereka juga sudah bersedia dan akan sama-sama membantu bagi menjadikan penganjuran kali ini juga yang terbaik. Saya sudah berbincang dengan setiap kerajaan negeri beberapa kali menjelang perlumbaan dan semua Setiausaha Negeri memberi perhatian yang khusus dalam perlumbaan ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mereka memberi komitmen yang tinggi, terutama sekali Setiausaha Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid yang sanggup berkunjung ke ibu pejabat LTdL di Bukit Jalil, lima hari lalu, bagi mendapat gambaran yang jelas mengenai perlumbaan ini

Bagaimana pula dengan persedian pelumba tempatan, adakah mereka sudah bersedia bagi memberi cabaran kepada pelumba luar?

Ahad lalu saya berkesempatan berjumpa dengan pelumba pasukan benua tempatan, Le Tua. Saya tengok semangat mereka cukup tinggi, saya sempat berbual dengan Ng Yong Li dan beberapa pelumba lagi. Mereka begitu bersedia untuk perlumbaan ini, begitu juga dengan pelumba lain yang akan mewakili pasukan Terengganu Cyling Team (TSG), pasukan Malaysia dan juga Mohamad Adiq Husainie Othman yang berkayuh dengan pasukan benua Australia, Drapac Profesional Cycling Team.

Mungkin akan ada seorang atau dua pelumba tempatan ini mampu mencipta nama, tidak terkecuali Anuar Manan yang beraksi dengan TSG. Seperti yang saya janjikan sebelum ini mereka yang muncul juara peringkat akan diberi RM1,500 sebaik tamat perlumbaan tersebut.

Bagaimana dengan cabaran peringkat keempat dan kelima yang menyajikan pendakian berprofil tinggi berturut-turut di Cameron Highlands dan Genting Highlands?

Jika tahun lepas kita dapat tengok kehebatan Jose Rujano dari ISD-Neri, kali sukar untuk saya ramalkan, tetapi saya yakin mereka cukup bersedia dengan membuat kajian mendalam melalui laman web LTdL.

Saya pasti mereka sudah menyelidiki setiap laluan yang bakal dilalui tetapi jika melihat dari segi kekuatan di atas kertas, memang sukar untuk kita ramal siapa yang akan menguasai kedua-dua pendakian ini yang akan disukarkan dengan keadaan cuaca yang sama sekali berbeza jika hendak dibandingkan di Eropah.

Akhir sekali apakah harapan penganjur bagi perlumbaan 2011 ini?

Matlamat kami terbahagi kepada tiga, pertama kalau boleh kami mahu kekalkan pengiktirafan UCI dengan menganjurkan perlumbaan ini sebaik mungkin. Kedua saya mahu LTdL terus menjadi pemangkin kepada industri sukan negara, dengan semua pihak mendapat manfaat daripada kejohanan ini. Ketiga ialah memupuk minat masyarakat terhadap sukan berbasikal dan kami telah merapatkan diri dengan peminat dengan penubuhan Kelab Penyokong LTdL dengan menyediakan beberapa faedah menarik.

~ by missjewelz on January 20, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: