Ganjaran menanti TSG

HARIAN METRO > Januari 20, 2011

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

INSENTIF khas RM5,000 bakal menjadi habuan pelumba Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) jika memenangi setiap peringkat perlumbaan dalam pertandingan sulung disertai di kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berlangsung pada 23 Januari hingga 1 Februari ini.

Khabar gembira itu diumum Kerajaan Negeri Terengganu sebagai pembakar semangat buat pelumba pasukan lumba basikal profesional pertama negeri itu dalam memberi persembahan terbaik pada persaingan dalam perlumbaan peringkat antarabangsa yang pertama kali disertai pasukan itu.
Kerajaan turut meluluskan peruntukan RM1.5 juta kepada TSG untuk membiayai pengurusan pasukan itu sebagai permulaan serta penajaan beberapa syarikat yang keseluruhannya berjumlah AS$250,000 (RM825,000) dan RM300,000 daripada Epic Bhd.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan hadiah insentif itu sebelum merasmikan pelancarkan TSG itu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu semalam berkata, TSG yang diketuai Anuar Manan diharap mencipta sejarah sebagai pasukan yang baru ditubuhkan dan juga kepada negeri ini.
Sambil tidak mahu meletakkan harapan tinggi, beliau berkata, matlamat utama ialah melihat persembahan terbaik pada kejohanan itu.
“Bagi pertama kali TSG yang bertanding pada kejohanan LTdL kali ini, kerajaan negeri akan memberi hadiah insentif wang tunai bernilai RM5,000 kepada pelumba yang memenangi setiap peringkat perlumbaan.

Kita percaya TSG sudah membuat persediaan dan persiapan rapi untuk menghadapi LTdL kerana pasukan itu juga sudah menjalani latihan di Chiang Rai dan Chiang Mai, Thailand, baru-baru ini,” katanya.
Menurutnya, setiap, pelumba TSG juga ketika ini secara keseluruhan menerima penajaan berjumlah RM25,450 seorang yang membabitkan basikal dan kelengkapan alat ganti basikal, jersi dan makanan tambahan seperti vitamin.

~ by missjewelz on January 20, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: