Colnago, Farnese mampu gugat peluang pasukan bertanding

UTUSAN Malaysia > Januari 20,2011

 

KUALA LUMPUR – Pasukan lain yang mampu memberi impak dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 mengikut ramalan Pengarah Operasi LTdL 2011, Emir Abdul Jalil ialah pasukan Colnago Csf Inox Professional Cycling Team, yang menyertainya sejak tahun 2000.

Menurut Emir, Colnago sebelum ini dikenali oleh peminat sukan berbasikal di Malaysia dengan nama pasukannya, Panaria merupakan pasukan yang kerap meraih kejuaraan dalam LTdL.

“Mereka adalah pasukan yang juga kerap mencipta kejayaan di Malaysia. Ada antara pelumba pasukan ini muncul juara di beberapa peringkat perlumbaan, secara keseluruhan mereka meraih 33 kejuaraan,” katanya.

Antara beberapa bekas pelumba Colnago yang mencipta kejayaan di LTdL sebelum ini ialah Paolo Lanfranchi, Graeme Brown dan Julio Alberto Perez.

Pada perlumbaan kali ini, kata Emir, Colnago membuat kejutan dengan membariskan pelumba yang tidak pernah mempunyai pengalaman beraksi di Malaysia dan lebih senang menganggap diri mereka sebagai sebuah pasukan underdog.

“Bagaimanapun kalau mengikut sejarah LTdL ini sendiri pelumba yang sering mencipta nama bukan dari pasukan pro tour ataupun pelumba ternama. Sukar untuk meramalkan siapa yang akan menguasai perlumbaan apabila berdepan dengan keadaan cuaca yang panas di sini.

“Satu lagi pasukan yang perlu diberi perhatian ialah Farnese Vini-Neri atau lebih dikenali sebagai ISD-Neri yang menyaksikan pelumbanya, Jose Rujano muncul pemenang jersi kuning,” ujar Emir.

Menurut beliau, pasukan pro benua ini bakal mempertaruhkan pelumba muda berbakat berusia 21 tahun Andrea Guardini yang digelar oleh peminat berbasikal di Eropah sebagai jelmaan pelumba hebat, Mark Cavendish.

“Malah, Guardini juga pernah berentap satu lawan satu dengan Cavendish dalam beberapa perlumbaan di Eropah, kita akan melihat sejauh mana pelumba Itali ini dapat menyesuaikan diri dengan corak perlumbaan di Malaysia,” katanya.

Satu lagi pasukan yang tidak boleh dipandang ringan ialah pasukan benua dari Australia, Drapac Profesional Cycling yang dilihat memberi cabaran hebat pada perlumbaan tahun lepas, di mana Peter McDonald menduduki tempat keempat keseluruhan dan dinobatkan sebagai pemenang jersi polka-dot (Raja Bukit).

 

~ by missjewelz on January 20, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: