Chong Wei lambat panas

UTUSAN MALAYSIA – JANUARI 20, 2011

KUALA LUMPUR – Jaguh No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menambah drama pada hari pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia semalam, apabila mencemaskan penonton dengan aksi ‘lambat panas’ dan ketinggalan dalam kedua-dua set, sebelum bangkit menyingkirkan Tommy Sugiarto dari Indonesia, untuk muncul wakil tunggal negara meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Sementara itu, juara bertahan beregu lelaki yang juga pilihan No. 1 kejohanan, Koo Kean Keat- Tan Boon Heong kalah kepada pasangan China, Hong Wei-Shen Ye 21-16, 18-21, 16-21.

Ketika cabaran dua lagi wakil perseorangan, Muhammad Hafiz Hashim dan Wong Choong Hann terkubur awal, Chong Wei menggalas sandaran peminat untuk meneruskan kemaraan, dan dia dicemaskan seketika oleh Tommy sebelum menang 21-17, 21-18 dalam masa 43 minit.

Kemenangan Chong Wei, yang memburu kejuaraan ketujuh kejohanan, hadir beberapa minit selepas Hafiz mengumumkan hasrat untuk meninggalkan skuad kebangsaan. Malah, berita mengejutkan itu turut sampai ke pengetahuan Chong Wei sebelum dia memasuki gelanggang.

“Ada orang beritahu saya tentang perkara itu ketika saya hendak memasuki gelanggang, ia sesuatu yang mengejutkan tetapi saya harap Hafiz akan berjaya dengan apa sahaja keputusan yang diambil,” ujar Chong Wei.

Semalam merupakan hari yang penuh dengan pelbagai emosi pemain negara. Jika Chong Wei lega selepas bergelut, Hafiz menangisi kekalahan 14-21, 16-21 kepada jaguh muda China, Chen Long dan Wong Choong Hann tunduk 15-21, 21-15, 18-21 kepada Marc Zwiebler dari Jerman, Wong Mew Choo pula adalah pemain paling gembira.

Perseorangan wanita negara itu melakar kejutan terbesar kejohanan dengan menewaskan juara dunia 2009, Lu Lan 13-21, 22-20, 21-12 untuk menempah pertemuan dengan pemain No. 1 dunia, Wang Xin juga dari China. Chong Wei pula akan berdepan Hu Yun dari Hong Kong dalam saingan pusingan kedua.

“Hu Yun adalah pemain lama dan saya sentiasa menghormatinya tetapi pada saya, tidak perlu memikirkan tentang orang lain kerana yang penting adalah fokus kepada permainan sendiri.

“Hari ini, saya bergelut pada awal saingan, mungkin kelewatan jadual pertandingan (lewat hampir dua jam) juga sedikit menjejaskan tumpuan saya, namun saya tidak mahu menyalahkan faktor luaran, kerana saya harus menyalahkan diri sendiri jika tidak dapat bermain dengan baik.

“Beberapa serangan dan gerakan awal saya tidak menjadi, saya melakukan beberapa kesilapan mudah. Begitupun saya tidak cemas biarpun ketika sudah ketinggalan, saya hanya perlu tenang dan memikirkan bagaimana untuk mengatasi kelemahan dan ia berjaya,” kata jaguh No. 1 dunia itu.

Prospek untuk Chong Wei berentap dengan juara Olimpik, Lin Dan di separuh akhir juga tampak masih di landasan selepas jaguh China itu meneruskan kemaraan dengan menyingkirkan pemain senegara, Wang Zhengming 21-18, 21-16. Turut mara juara dunia, Chen Jin yang diberi cabaran hebat sebelum mengatasi Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark 21-23, 21-16, 21-17.

~ by missjewelz on January 20, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: