Beregu muda lelaki perlu pendedahan

UTUSAN MALAYSIA > Januari 20, 2011

KUALA LUMPUR – Masih banyak lagi pendedahan yang harus diberikan kepada beregu muda lelaki negara seandainya tidak mahu ketinggalan jauh dalam melahirkan gandingan bertaraf dunia.

Itu ditegaskan bekas pemain beregu negara, Lee Wan Wah yang percaya bakal ada pengganti untuk mengembalikan zaman kegemilangan yang pernah dilakar olehnya dan pasangan Choon Tan Fook suatu ketika dahulu.

Katanya, ketika ini hanya ada dua beregu lelaki yang diyakini mampu melangkah lebih jauh. Mereka ialah pasangan Chan Peng Soon dan Lim Kim Wah serta gandingan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong.

”Saya ada melihat prestasi dua pasangan itu dan boleh dikatakan mereka amat bagus, namun ada beberapa perkara perlu diperbaiki.

”Seandainya lebih banyak pendedahan diberikan kepada mereka untuk menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, saya yakin kelemahan yang ada mampu diperkemaskan,” katanya kepada pemberita pada Kejohanan Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Wan Wah yang turut menyertai kejohanan itu melalui pasangan barunya Chan Chong Ming, kecundang dalam perlawanan pertama kepada pasangan dari Korea Selatan, Gun Woo Cho-Kwon Yi Goo dengan keputusan 19-21 22-24.

Mengulas lanjut mengenai dua pasangan muda, Peng Soon-Kim Wah dan Hee Chung-Wee Kiong, Wan Wah sekadar memberitahu mereka masih lemah dalam mengawal emosi ketika berada dalam keadaan getir.

”Mereka amat mudah untuk merasa tertekan apabila berhadapan dengan lawan yang mampu untuk mengejar kedudukan mata. Pada pendapat saya pengalaman yang luas mampu membantu mereka.

”Beri mereka masa untuk melakukan yang terbaik kerana kemahiran memang telah ada pada mereka cuma ia perlu diasah lagi,” jelas Wan Wah.

Sementara itu, bekas pemain perseorangan negara, Wong Choon Hann berpendapat, pendedahan yang diberikan kepada pemain muda perseorangan lelaki boleh dianggap mencukupi, cuma mereka perlu bekerja keras bagi melonjakkan diri kepada yang lebih baik pada masa akan datang.

”Pendedahan memang ada cuma mereka perlu bekerja keras sahaja selepas ini serta gunakan kemahiran yang ada dengan sebaik mungkin jangan malas.

”Setakat ini saya tidak nampak lagi mana-mana pemain perseorangan muda lelaki yang menyerlah. Seandainya mahu berada sama taraf dengan pemain dunia mereka harus berusaha lebih,” kata Choong Han.

Pada perlawanan semalam Choon Hann yang menyertai acara perseorangan lelaki, tewas kepada pemain dari Jerman, Marc Zwiebler dengan keputusan 15-21 21-15 18-21 pada perlawanan pertama.

~ by missjewelz on January 20, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: