Kedah waspada jumpa Terengganu

Utusan Online>13/8/2008

ALOR STAR – Ketua jurulatih bola sepak Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah menyifatkan barisannya bakal berdepan saingan paling getir dalam misi mempertahankan Piala Malaysia apabila menentang Terengganu pada perlawanan separuh akhir pertama, di Stadium Darul Aman malam ini, lapor SHARIZA ABDULLAH.

Katanya, dua rekod pertemuan Kedah dengan pasukan dari pantai timur itu dalam saingan Liga Super musim ini adalah 50-50, di mana kedua-dua mereka mencatatkan satu kemenangan. Malah katanya, Kedah turut menyedari keampuhan Terengganu yang mempamer aksi cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia sehingga layak ke separuh akhir kejohanan prestij itu. Ia sekali gus, kata Mohd. Azraai menjadikan Sang Penyu sebagai lawan yang perlu dihormati meski pun pasukan tersebut bakal beraksi tanpa pemain import. “Kedah akan berwaspada menentang pasukan Terengganu lebih-lebih lagi perlawanan malam ini adalah pusingan kalah mati. “Namun kami berazam untuk mencari bekalan selesa dengan menggunakan sebaik-baiknya kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam. Mohd. Azraai juga mengingatkan anak buahnya agar tidak menyesia-siakan peluang untuk mencipta sejarah merangkul tiga piala buat musim kedua berturut-turut sesudah berjaya melangkah jauh dalam saingan Piala Malaysia kali ini. Menurut beliau, pada peringkat seperti inilah para pemainnya perlu mengguna pakai peluang yang dicipta dengan mempamerkan persembahan terbaik mereka selaku penyandang juara untuk mencipta kemenangan. Dalam pada itu, Mohd. Azraai lega memandangkan kesemua pemainnya bebas daripada kecederaan dan sedia untuk diturunkan beraksi malam ini. Katanya, keadaan itu termasuk sekembalinya pemain tengah, Ahmad Fauzi Shaari ke dalam skuad selepas tidak dapat diturunkan bermain kerana mengalami kecederaan yang akan memberinya peluang untuk mencongak strategi ampuh bagi membenam cabaran Terengganu.

Pemain Perak Carlos Caceres (kiri) dikawal ketat oleh pemain Kedah, Sahfizan Hashim pada perlawanan kedua suku akhir bola sepak Piala Malaysia di Stadium Perak baru-baru ini, menyaksikan Kedah menang 2-0. - Bernama
Pemain Perak Carlos Caceres (kiri) dikawal ketat oleh pemain Kedah, Sahfizan Hashim pada perlawanan kedua suku akhir bola sepak Piala Malaysia di Stadium Perak baru-baru ini, menyaksikan Kedah menang 2-0. – Bernama

~ by missjewelz on April 8, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: