Keane tingkat keyakinan penyokong

Utusan Online > 13/08/2008 <!–         –>

Keane tingkat keyakinan penyokong



LIVERPOOL, England – Kehadiran Robbie Keane (gambar) telah menaikkan keyakinan penyokong setia Liverpool untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana England pertama mereka tahun ini, selepas menjuarainya pada 1990.

Kapten Ireland yang berhijrah dari Tottenham Hotspur ke Liverpool dengan kos bernilai 20 juta pound (RM140 juta) itu telah berjanji untuk memberi persembahan mantap bersama penyerang sensasi Liverpool musim lalu, Fernando Torres.

Wira pasukan Sepanyol di Euro 2008 itu telah menjaringkan 33 gol pada penampilan pertamanya di Anfield musim lalu.

Kehadiran Keane dilihat dapat membantu penyerang berbisa Sepanyol itu mendapat sokongan di bahagian serangan, sekali gus membantu Torres untuk terus menjadi hero kepada pasukan penyokong setia Liverpool yang dikenali sebagai Kop.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez telah meringankan beban yang dipikul oleh Torres sebelum ini, setelah membawa masuk Keane yang berperanan memberi sokongan dan boleh membantu pasukan itu mencipta lebih banyak jaringan pada musim baru ini.

Keane yang telah menjaringkan 23 gol untuk Tottenham musim lalu pastinya tidak akan menyesia-siakan peluangnya untuk beraksi dengan sebuah pasukan yang sangat diminati olehnya sejak kecil lagi.

Benitez yang masih mengejar khidmat pemain tengah Aston Villa, Gareth Barry terus berharap pemain antarabangsa England itu dapat menyertai Liverpool sebelum pintu perpindahan ditutup pada penghujung bulan ini.

Meskipun Benitez tidak menetapkan sebarang jangkaan berhubung keupayaan Liverpool memenangi kejuaraan musim ini, namun dia begitu optimistik pasukan itu mampu melakukannya.

“Saya mempunyai keyakinan terhadap skuad ini dan gembira kerana kami mempunyai sebuah pasukan terbaik sejak saya berada di Anfield.

“Saya tidak mahu menyatakan bahawa kami akan memenangi kejuaraan kerana Liga Perdana England pada ketika ini adalah yang terbaik dan mempunyai persaingan yang semakin sukar di Eropah.

“Manchester United, Chelsea dan Arsenal adalah pasukan yang terbaik di Eropah. Namun begitu, perkara itu tidak akan menggoyangkan keyakinan saya bahawa kami boleh menandingi mereka,” kata Benitez kepada akhbar Daily Mirror.

Walaubagaimanapun, kehadiran Keane dan sikap optimistik Benitez itu masih tidak cukup untuk melengkapkan hasrat tinggi Liverpool.

Benitez mengakui bahawa dia masih memerlukan pemain sayap kiri yang berkualiti dan perkara itu masih gagal memperbaiki masalah yang dihadapinya itu.

Selain itu, dia juga masih berhadapan dengan bahagian pertahanan tengah pasukan itu yang masih longgar jika berlakunya masalah kecederaan yang menimpa pemain utama di bahagian tersebut.

Liverpool berjaya mendapat khidmat pemain pertahanan kanan baru dari Borussia Dortmund, Philipp Degen dan Andrea Dossena dari Udinese bagi memperkukuhkan bahagian pertahanan pasukan itu setelah kehilangan khidmat John Arne Riise yang berpindah ke Roma.

– Reuters

~ by missjewelz on April 8, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: