Roslinda belum panasSaya cukup bersedia – Daniel

Utusan Online>1/8/08

PUTRAJAYA – Pemenang Anugerah Emas Sukan Kementerian Pelajaran MSSM-Milo 2007, Daniel Bego mempunyai peluang dan rehat mencukupi sekalipun bertanding dalam tiga acara renang pada Sukan Olimpik Beijing, minggu depan.

Olimpian Majlis Olimpik Malaysia tahun lalu dengan mengutip dua pingat emas Sukan SEA Korat itu turut menganggap tempoh lapan hari aksinya di kolam renang Beijing tidak menjadi masalah besarnya dalam mencapai sasaran mara ke separuh akhir bagi 100 dan 200 meter kuak kupu-kupu serta 200m gaya bebas.

“Tiada masalah untuk mengharungi satu demi satu acara itu kerana tempoh rehat dan pemulihan saya mencukupi,” katanya selepas penyampaian anugerah yang mengiktiraf pencapaian tertinggi pelajar sekolah dalam akademik dan sukan itu di Dewan De’Seri Endon di sini, semalam.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil yang beroleh 2A, 4B dan 3C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu juga merupakan Putera Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)-Milo 2003.

Pemenang lima emas Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN Ketujuh di Bangkok, tahun lalu sehingga digelar Perenang Terbaik ini memiliki catatan peribadi terbaik, 54.33s (100m kuak kupu-kupu), 1:59.40s (200m kuak kupu-kupu) dan 1:51.50s (200m gaya bebas) juga menduduki tangga ke-50 dunia.

Mengenai sesi latihan skuad renang Australia – pilihan utama mengaut emas Olimpik, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil sejak Ahad lalu, katanya, perenang negara tidak berpeluang berlatih bersama mereka mungkin kerana mereka tidak mahu mengganggu program latihan dan persediaan yang telah diatur.

“Kami cuma bertemu dengan seorang dua perenang prospek pingat Australia tetapi saya tidak kecewa atau kerugian kerana tidak diberikan peluang berlatih dengan mereka. Lagipun jadual latihan kami berasingan,” katanya.

~ by missjewelz on August 8, 2008.

One Response to “Roslinda belum panasSaya cukup bersedia – Daniel”

  1. bila lagi kita memiliki perenang yg betul2 mempunyai harapan untuk memiliki pingat di sukan olimpik..perkataa itu harus titikberatkan.apa pun sy mhu mengucapkan selamat maju jaya kepada perenang2 negara kita.semoga mereka berjaya menyahut cabaran dipersada antarabangsa..good luck..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: