Olimpik Beijing menanti cabaran atlet Malaysia

Utusan Online>3/8/08

 

Bird's Nest Stadium,Beijing

Bird's Nest Stadium,Beijing

STADIUM Kebangsaan China atau dikenali sebagai ‘Sarang Burung’ (Bird’s nest) yang akan menjadi lokasi utama acara-acara Sukan Olimpik sudah bersiap sedia menyambut atlet-atlet dari seluruh dunia.

MENGIKUT legenda, Sukan Olimpik purba mula diperkenalkan oleh Hercules, anak kepada Zeus dari zaman Yunani.

Sejarah menyebut Sukan Olimpik pertama kali diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi, walaupun ramai yang mempercayai tarikh sebenar bila temasya itu dilangsungkan berlaku lebih awal daripada umum mengetahuinya.

Mengikut catatan, Coroebus, seorang pelari yang mengambil bahagian dalam temasya itu telah memenangi acara lari 192 meter, sekali gus menjadikannya sebagai juara pertama dalam sejarah Olimpik.

Tahun silih berganti, Sukan Olimpik purba terus berkembang dan mula diperkenalkan dalam empat tahun sekali untuk selama 1,200 tahun. Bagaimanapun, pada tahun 393 selepas Masihi, kerajaan empayar Yunani yang diperintah oleh Maharaja Theodosius 1, seorang yang berfahaman kristian mengharamkan sukan itu yang dikatakan menjadi festival bagi orang tidak beragama (pagan).

Titik-tolak daripada tindakan Maharaja Theodosius, Sukan Olimpik terhenti selama ribuan tahun sehinggalah ia diadakan semula pada abad ke-19 oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin.

Coubertin dilahirkan pada tahun 1863. Dia hanya berusia tujuh tahun ketika Perancis di bawah penaklukan Jerman dalam perang Franco-Prusia pada 1870.

Ada pandangan yang mengatakan, Coubertin menyumbang kepada kemenangan Perancis dalam peperangan itu selepas mendapati faktor kekalahan Perancis pada awalnya adalah disebabkan askarnya yang lesu.

Selepas beberapa tahun dengan melakukan kajian dan pemerhatian, Coubertin membuat kesimpulan bahawa faktor keletihan askar Perancis dalam peperangan itu adalah disebabkan kurangnya masa bersukan.

Minat Coubertin bukan sekadar memulihkan semangat askar Perancis tetapi lebih daripada itu. Dia kemudiannya menubuhkan sebuah organisasi sukan USFSA untuk tujuan itu. Dua tahun kemudian Coubertin mencadangkan agar Sukan Olimpik diadakan semula dan pada tahun 1892, USFSA mengadakan konvensyen pertamanya di Paris.

Pada perjumpaan itu, suaranya tidak diendahkan sehinggalah dua tahun kemudiannya apabila Coubertin menganjurkan pertemuan 79 delegasi daripada sembilan negara yang akhirnya membentuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Wakil Greece, Demetrious Vikelas telah dipilih sebagai presiden yang pertama manakala Athens sebagai tempat untuk mengembalikan semula Sukan Olimpik dan pusat pentadbirannya.

Sukan Olimpik pertama dibuka pada April 1896 dengan memilih Stadium Panathenaic yang asalnya dibina pada tahun 330 selepas Masihi sebagai venue pertama.

Kontinjen negara menyertai Sukan Olimpik sejak penyertaan pertama temasya Melbourne 1956 melainkan pada tahun 1980 apabila Malaysia telah menyertai gagasan negara-negara barat untuk memulaukan Sukan Olimpik Moscow 1980.

Sejak penglibatan Malaysia dalam Olimpik, sukan seperti akuatik dan olahraga merupakan yang kerap menyertainya sehingga tahun 2004. Malah, hoki juga antara wakil Malaysia yang konsisten bertanding di Sukan Olimpik kecuali di Rom 1960, Seoul 1988, Athens 2004 dan Beijing 2007.

 

Bertanding

Bola sepak Malaysia juga tidak sunyi daripada bertanding di Sukan Olimpik apabila dua kali layak ke temasya berprestij itu iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow tetapi sayangnya kita tidak mengambil bahagian gara-gara pendirian politik negara pada ketika itu.

Acara badminton mula diperkenalkan dalam Olimpik pada tahun 1992 di Barcelona dan sehingga kini sukan itu telah menyumbang satu pingat perak dan dua gangsa dalam sejarah Olimpik Malaysia.

Perak diperoleh menerusi gandingan beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock pada temasya Atlanta 1996 manakala gangsa daripada pasangan adik-beradik Razif dan Jalani Sidek di Barcelona 1992 serta Rashid Sidek dalam acara perseorangan di Olimpik Atlanta 1996.

Selain badminton, beberapa sukan lain juga mencatat pencapaian terbaik seperti menerusi bekas jaguh pecut negara, Datuk Dr. M. Jegathesan dalam acara 200 meter di Tokyo 1968 dan Mexico 1972, Ishtiaq Mubarak dalam 110m lari berpagar (Mexico 1972).

Malaysia juga hampir memecah kebuntuan mencari pingat menerusi Alex Lim yang berjaya mara ke saingan separuh akhir 100m kuak lentang dan Josiah Ng dalam acara berbasikal melangkah ke peringkat akhir keirin.

Antara 1896 dan 2004, Malaysia telah menyertai sebanyak 18 daripada 28 sukan yang dipertandingkan.

Pada 8 Ogos ini, Sukan Olimpik muncul kembali dengan Beijing menjadi tuan rumah bertemakan One World One Dream dengan jangkaan seramai 10,000 hingga 12,000 atlet dan pegawai sukan terlibat di samping 4,000 hingga 5,000 petugas teknikal dan pengadil mengendalikan sukan terhebat era millenium ini.

Temasya yang akan berlangsung dari 8 hingga 24 Ogos itu akan turut melibatkan 6,000 hingga 8,000 wartawan media cetak dan elektronik dari seluruh dunia membuat liputan lebih tiga minggu itu.

Beijing memilih logo Sukan Olimpik 2008 yang dinamakan Beijing Menari yang mempunyai falsafah China yang dikaitkan dengan tubuh naga dan lambang jemputan China kepada seluruh dunia untuk menghayati budayanya.

Sebanyak 28 jenis sukan akan dipertandingkan di Beijing melibatkan 302 acara (165 lelaki, 127 wanita dan 10 terbuka/campuran). Jika sukan Wushu sebelum ini hanya sebagai acara pertunjukan tetapi kali ini ia menawarkan enam acara lelaki dan wanita tetapi pungutan pingatnya tidak akan dikira dalam jumlah keseluruhan pungutan pingat negara yang bertanding dan menghantar wakilnya untuk acara ini.

Pada temasya di Beijing, kontinjen negara seramai 33 atlet akan mengambil bahagian dalam 29 acara, meningkat berbanding Athens yang menyaksikan 26 atlet negara untuk 26 acara.

Paling menarik atlet negara turut ditawarkan ganjaran sebanyak RM1 juta jika membawa pulang pingat emas dari Sukan Olimpik Beijing. Kepada mereka selamat berjuang!

~ by missjewelz on August 8, 2008.

3 Responses to “Olimpik Beijing menanti cabaran atlet Malaysia”

  1. hello…so far,good…but perlu dibesarkan sikit tulisan tu…kecik sangat dehhh…

  2. 58. fantastic points altogether, you simply gained a brand new reader. What would you suggest in regards to your post that you made a few days ago? Any positive?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: