Azizulhasni dakwa lebih layak – Dilema pemilihan pelumba ke Olimpik

Utusan Online>18/4/2008

 

 

 

                                          

                                  Azizulhasni Awang (kiri) dan Josiah NG

                                   

 

 

KUALA LUMPUR – Pemenang dua pingat emas Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Jepun, Azizulhasni Awang berkata, dia lebih layak untuk mengisi slot tunggal acara 200 meter trek berbasikal pada Temasya Olimpik Ogos depan berbanding Josiah Ng.

Menurut juara acara trek 200m pecut dan keirin pada ACC di Jepun, ini berdasarkan kedudukannya dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang lebih tinggi berbanding Josiah.

Selain itu, katanya, prestasi semasanya juga lebih baik berbanding Josiah berdasarkan dua kejohanan terbaru iaitu kejohanan Dunia di Manchester dan ACC, di Jepun.

‘‘Di Manchester United, saya mencatat tempat ke-11 keseluruhan daripada 44 pelumba berbanding Josiah tempat ke- 25 (pecut 200m).

‘‘Saya juga mencatat rekod baru kebangsaan dan Asia pada pusingan kelayakan dengan masa 10.352 saat, berbanding Josiah 10.352s.

‘‘Saya rasa saya lebih layak untuk mengisi satu tempat yang dikhaskan untuk Malaysia dalam acara pecut 200m di Olimpik,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Azizul, pencapaiannya juga meningkat selepas meraih dua emas, masing-masing dalam acara pecut 200m dan keirin pada ACC baru-baru ini, sedangkan Josiah tidak mengambil bahagian.

‘‘Jurulatih (John Joseph Beasley) juga ada memberitahu saya baru-baru ini bahawa saya akan bertanding dalam acara pecut di Olimpik Ogos depan,’’ katanya.

Menurutnya, berdasarkan apa yang difahaminya, slot untuk acara pecut di Olimpik itu berdasarkan ranking UCI.

Bagaimanapun, jelas Azizul, dia menyerahkan kepada jurulatih bagi membuat penentuan mengenai kedudukannya dalam acara tersebut.

‘‘Saya tidak mahu berlaku kekecohan berhubung soal pemilihan namun secara peribadi memang saya mahukan slot tunggal dalam acara pecut 200m di Olimpik,’’ katanya.

Setakat ini empat pelumba trek negara telah disahkan layak untuk beraksi dalam tiga acara di Olimpik Beijing, Ogos ini.

Dalam pada itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak mahu campur tangan dalam pemilihan dua pelumba basikal negara ke Temasya Olimpik di Beijing bagi acara 200 meter pecut.

Timbalan Presiden MOM, Datuk Dr. M. Jegathesan berkata, urusan pemilihan antara Josiah Ng dan pelumba muda, Azizulhasni Awang terletak di tangan jurulatih dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

‘‘Saya tidak mahu mencampuri urusan pemilihan tersebut dan tidak mahu memberi sebarang komen biarlah pihak yang terbabit menguruskan pemilihan mereka,’’ katanya dalam majlis penerangan larian obor di Wisma MOM semalam.

Jelasnya, MOM menyerahkan sepenuh kuasa kepada jurulatih kedua-dua pelumba dan PKBM untuk memilih pelumba yang paling layak kerana setakat ini kedua-dua pelumba itu adalah yang terbaik.

‘‘Selepas mereka sudah memilih pelumba yang terbaik untuk acara itu peringkat pemilihan terakhir terletak di tangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC),’’ kata Jegathesan.

~ by missjewelz on April 18, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: