Skuad negara perlu post-mortem

Utusan Online>17/4/2008

 

Oleh sayed hesham idris

 

KUALA LUMPUR – Kegagalan skuad hoki Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Beijing sukar diterima, kata bekas jaguh negara, Mirnawan Nawawi.

Menurut Mirnawan, kegagalan itu meneruskan zaman gelap sukan hoki Malaysia di persada antarabangsa.

Mirnawan yang pernah beraksi dalam dua temasya berprestij itu berkata, kegagalan amat dirasai kerana ia merupakan kali kedua berturut-turut Malaysia gagal ke Olimpik selepas Athens 2004.

Katanya, ia menjadi sejarah hitam sukan hoki kebangsaan kerana Malaysia belum pernah terkandas ke Olimpik untuk dua kali berturut-turut.

Lebih daripada itu, jelasnya, kegagalan terbaru itu menunjukkan skuad negara tidak belajar daripada kegagalan lalu.

”Apabila kita gagal ke Olimpik Athens empat tahun lalu, kita sepatutnya mengkaji kelemahan dan kesilapan supaya ia tidak berulang.

”Tetapi skrip yang sama berulang lagi pada Olimpik kali ini.

”Kita tidak mahu belajar daripada kegagalan silam. Sebagai contoh kita pernah gagal ke Olimpik 1988 di Seoul tetapi bangkit pada pada Olimpik seterusnya di Barcelona 1992,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelas Mirnawan, skuad negara perlu bangkit untuk memastikan Malaysia tidak terus tenggelam pada kejohanan Piala Dunia 2010.

”Kita gagal layak untuk ke Piala Dunia 2006 di Jerman dan kita tidak boleh gagal ke Piala Dunia 2010 di India,” katanya.

Malaysia gagal menempah slot terakhir ke Beijing 2008 pada pusingan kelayakan Olimpik di Jepun.

Bagaimanapun, skuad negara berjaya menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Poland 3-0 pada perlawanan klasifikasi.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Maninderjit Singh pula berkata, kegagalan di Jepun memberi impak negatif terhadap masa depan dan perkembangan sukan itu.

Katanya, kegagalan demi kegagalan yang dialami menyebabkan ranking dunia skuad negara turut menurun dan ia menjejaskan minat generasi muda terhadap sukan itu.

”Aksi di kejohanan besar penting demi imej sukan hoki kerana ia menjadi tarikan bakat-bakat baru.

”Namun, apabila kita banyak terlepas kejohanan besar, tiada publisiti untuk sukan itu lagi dan ia lama-kelamaan akan menyebabkan minat terhadap sukan itu semakin pudar,” katanya.

Tambah Maninderjit, satu bedah siasat besar-besaran perlu dilakukan untuk mengkaji punca kegagalan skuad kebangsaan di Jepun.

Jelasnya, kajian menyeluruh di semua peringkat perlu dijalankan.

”Sedangkan suatu masa dahulu kita merupakan pasukan tetap di kejohanan besar seperti Olimpik dan Piala Dunia,” katanya.

~ by missjewelz on April 17, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: