‘Sarang Burung’ dibuka kepada media

Utusan Online>17/4/2008

 

Dari bahagian dalam bangunan, jalinan struktur keluli dihalang oleh membran yang akan memastikan hujan tidak mengenai kerusi dalam stadium serta menghalang bayang-bayang yang terhasil kesan cahaya matahari yang boleh mencacatkan gambar di televisyen.

 

– Reuters

 

para pekerja meneruskan kerja-kerja terakhir menyiapkan Stadium Kebangsaan China atau lebih dikenali sebagai ‘Sarang Burung’ yang akan digunakan pada Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.– AP

BEIJING – Stadium Kebangsaan China atau lebih dikenali sebagai ‘Sarang Burung’ yang akan menjadi pusat sukan utama Sukan Olimpik, Ogos ini dibuka kepada media buat pertama kalinya, semalam.Pembinaan arena bernilai AS$500.

2 juta (RM1.6 bilion) itu bermula sejak Disember 2003 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 14 minggu dari tarikh sebenar ia dijadualkan siap.Sarang Burung itu akan digunakan untuk majlis pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Beijing di samping menjadi medan acara olahraga serta pertandingan akhir bola sepak.Dengan baki 114 hari menjelangnya majlis pembukaan, sentuhan terakhir masih lagi dijalankan di stadium berkenaan. Para pekerja masih melakukan proses mengecat garisan pada trek larian dan meletakkan 91,000 kerusi yang masih belum dipasang pada tempat yang sepatutnya.Pekerja dan sukarelawan yang bekerja menyiapkan stadium itu enggan meluangkan masa bercakap dengan media. Namun, ada antara mereka berkata, struktur bangunan itu sememangnya menakjubkan.

~ by missjewelz on April 17, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: