Dilema Olimpik antara Josiah, Azizul

Utusan Online>17/4/2008

KUALA LUMPUR – Surat rasmi daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang amat dinantikan akhirnya sampai ke tangan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) semalam untuk mengesahkan bahawa empat pelumba trek negara diberi tempat untuk beraksi dalam tiga acara di Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.

Bagaimanapun sedikit mengecewakan kerana selain tiga tempat diperuntukkan untuk acara pecut berpasukan dan dua tempat dalam acara keirin, UCI hanya memberi satu tempat sahaja untuk acara 200m pecut.

Perkara itu disahkan presiden PKBM, Abu Samah Wahab yang menjelaskan mendapat pengesahan daripada koordinator acara trek UCI, Gilles Peruzzi yang menghubungi beliau di Jepun semalam.

Surat tersebut sekali gus menjawab persoalan yang ditimbulkan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung status empat pelumba iaitu Josiah Ng, Rizal Tisin, Edrus Yunus dan Azizulhasni Awang sebelum ini walaupun lewat dua hari daripada yang dijadualkan. Sepatutnya surat rasmi tersebut dihantar kepada PKBM 14 April lalu.

“Peruzzi memaklumkan kepada saya, pelumba kita akan menyertai bukan sahaja acara pecut berpasukan malah telah diberi dua tempat untuk acara keirin dan satu tempat sahaja untuk acara 200m pecut.

“Namun kini, kita menghadapai dilema untuk memilih pelumba dalam acara 200m pecut sama ada Josiah atau Azizulhasni. Agak memeningkan juga kerana kedua-duanya antara yang terbaik.

“Tetapi saya akan berbincang dengan jurulatih mereka, John Beasley untuk menentukannya,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia dari Jepun semalam. Abu Samah berada di negara Matahari Terbit itu sempena Kejohanan Berbasikal Asia (ACC).

HarapanDalam pada itu harapan untuk menyaksikan pelumba pertama wanita negara layak ke Sukan Olimpik lebur selepas Nor Azian Alias gagal menamatkan perlumbaan acara lepas beramai- ramai di ACC semalam.

Azian yang hanya perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat kelima untuk layak secara merit ke Beijing, Ogos ini.

Pelumba junior, Muhammad Adiq Husainie Othman pula yang berjaya meraih pingat gangsa menerusi acara ujian masa individu kelmarin, hanya mampu menduduki tempat ketujuh acara lepas beramai-ramai semalam dengan catatan masa 3 jam:27min:54s.

Sementara itu, skuad lebuh raya lelaki negara menjadi sandaran untuk memburu pingat terakhir di ACC apabila acara lepas beramai-ramai berlangsung hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, kecemerlangan pelumba muda negara pada ACC di Jepun baru-baru ini tidak mustahil bakal menghadiahkan pingat pada Temasya Olimpik.

Dia bagaimanapun berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran kerana tidak mahu memberikan tekanan kepada pelumba.

Menurut Zokples, pelumba hanya dituntut supaya memberikan yang terbaik.

”Basikal trek merupakan satu acara cukup sukar di Olimpik. Kita pernah menyasarkan pingat di bahu Josiah pada Olimpik empat tahun lalu tetapi gagal, begitu juga pada Sukan Asia. Namun ketika itu Josiah keseorangan dan ini tidak memberi kelebihan kepadanya dari segi taktikal dalam acara kierin.

”Namun situasi di Beijing berbeza dan kita memiliki kelebihan kerana Josiah bakal mendapat sokongan dari pelumba senegara. Namun kita tidak meletakan sasaran pingat kerana dikhuatiri ia akan memberi tekanan kepada pelumba,” katanya pada majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan (Shakam) MSN kepada pelumba negara ke ACC di sini, kelmarin.

Menurut Zolkples, MSN mempunyai sasaran yang lebih realistik dalam memburu pingat Olimpik iaitu pada Olimpik 2012 di Manchester, England.

~ by missjewelz on April 17, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: