Hunt dominasi peringkat ke-2

Utusan Online>11/2/2008

Pemenang peringkat kedua LTdL, Jeremy Hunt (tiga dari kiri) bergambar dengan pendahulu keseluruhan perlumbaan Mattieu Sprick dari pasukan Bouygues Telecom, pememang Raja Pecut, Gustavo Ceser (dua dari kiri) dan pelumba terbaik individu Asia, Shinichi Fukushima (dua dari kanan) selepas menamatkan perlumbaan sejauh 159.7 kilometer dari Butterworth ke Sitiawan, semalam

  

SITIAWAN – Kekuatan pecutan 20 meter terakhir sembilan pelumba tidak menghalang Jeremy Hunt dari pasukan Credit Agricole muncul juara peringkat kedua perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir di jalan Iskandar Shah di sini petang semalam lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Jeremy berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 159.70km dari jalan Bagan Luar, Butterworth dengan catatan masa 3 jam 34 minit dan 36 saat.

Pelumba dari Great Britain itu telah mengerahkan seluruh tenaganya untuk melakukan pecutan pada 5 meter terakhir untuk menumpaskan lapan pelumba lain yang bersaing sengit.

Lapan pelumba tersebut ialah Matteo Priamo (CSF Group Navigare) yang menduduki tangga kedua dan diikuti oleh Gustavo Cesar (Karpin Galicia) di tangga ketiga.

Selain itu, pelumba Serramenti PVC, Jackson Rodriguez di tangga keempat; pelumba Drapac Porche, Peter McDonald (kelima), Moises Aldape (Team Type 1) keenam dan Farshad Salehian (Universiti Islam Azad) ketujuh.

Pelumba Jepun, Koji Fukushima yang mewakili Meitan Hompo – GDR meraih tangga kelapan dan seorang lagi pelumba UIA, Tanha Abbass Saeidi dari Iran di tangga kesembilan.

Kelapan-lapan pelumba berkenaan turut mencatat masa yang sama dengan Jeremy.

Jeremy menyatakan beliau terpaksa bekerja keras dari awal perlumbaan supaya tidak ketinggalan daripada kelompok utama.

Pelumba tersebut telah menggunakan kesempatan pada sepuluh meter terakhir untuk melakukan pecutan deras bagi mengenepikan pelumba lain.

“Saya tidak menyangka berjaya mengatasi kelapan-lapan pelumba berkenaan pada saat-saat terakhir,” jelas Jeremy kepada para pemberita semalam.

“Ini merupakan kemenangan pertama saya bagi penyertaan sulung saya dalam LTdL yang begitu mencabar ketahanan fizikal dan mental para pelumba,” katanya.

Pemenang peringkat pertama, Matthieu Sprick yang mewakili Bouygues Telecom hanya mampu menduduki tangga ke-36 dengan catatan masa 3 jam 34 minit 42 saat.

Namun begitu, Sprick masih mengekalkan jersi kuning dengan jumlah masa 7 jam 45 minit 27 saat dan seterusnya mendahului 145 pelumba yang lain.

Apa pun, pelumba Sepanyol, Gustavo Cesar yang memenangi jersi hijau peringkat kedua hanya ketinggalan tiga saat di belakang Sprick dengan catatan 7 jam 45 minit 30 saat.

Pelumba UIA, Farshad Salehian muncul pelumba terbaik Asia dengan mencatat masa 3 jam 34 minit 36 saat mengenepikan pelumba Jepun, Koji Fukushima.

Kemenangan Farshad dan Tanha Abbass menduduki tangga ketujuh dan kesembilan pada peringkat kedua membolehkan pasukan mereka mendahului pasukan lain.

UIA berjaya menerajui 25 pasukan lain secara keseluruhan dengan mencatat masa 10 jam 43 minit 54 saat dan diikuti oleh Credit Agricole dengan masa keseluruhan 10 jam 43 minit 58 saat.

Pelumba benua tempatan, LeTua, Anuar Manan muncul pelumba terbaik negara dengan menduduki tangga ke-18 yang mencatat masa 3 jam 34 minit 42 saat.

Pelumba-pelumba lain negara, Mohd Faris Abd. Razak (22), Ahmad Haidar Anuawar (24), Mohd Zamri Salleh (26) dan Mohd Haniff Salleh (27).

Peringkat ketiga hari ini, bermula di Sitiawan dan akan tamat di jalan Sultan Abdul Samad, Banting dengan jarak 209.4km merupakan jarak paling jauh dalam LTdL.

~ by missjewelz on February 10, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: