Pelumba LTdL suka laluan landai

Oleh Azidan Nahar

KELEBIHAN di laluan landai pada edisi ke-13 Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini akan menentukan sama ada semua pelumba negara akan berjaya menampilkan sejarah untuk muncul pemenang peringkat buat pertama kali pada saingan pembukaan, hari ini.Pelumba negara, sama ada dari pasukan benua, Letua, pasukan kebangsaan Malaysia, MCF Cycling Team mahupun dua lagi pelumba yang beraksi bersama pasukan luar, Ng Yong Li dan Loh Sea Keong di atas kertas memiliki peluang melakukanya walaupun ia pasti tidak semudah yang dijangka.Rata-rata menyifatkan perlumbaan yang akan bermula di Alor Star dan tamat di Kuala Lumpur perlumbaan kriterium pada Peringkat 9 nanti memberi kelebihan buat pelumba negara yang julung-julung kali punya peluang untuk berdiri sama tinggi dengan peloton dari Eropah.

Juara tiga peringkat Jelajah Malaysia yang juga pemanas badan LTdL kali ini, Anuar Manan dari LeTua bernada positif dalam memperkatakan peluangnya sambil menjelaskan kelebihan akan berpihak kepada pakar pecut sepertinya.”Memang ada kelebihan dan saya akan gunakan pengalaman pada musim lalu untuk cuba mendapatkan satu kemenangan peringkat. Laluan kali ini landai, tiada lagi kayuhan yang begitu teruk ke puncak Genting (Highlands).”Ia lebih bagus berbanding tahun lalu,” kata Anuar yang memiliki pencapaian terbaik di tempat kesembilan pada Peringkat 4 dari Gua Musang-Kota Bharu dalam penampilan pertamanya musim lalu.

Bagaimanapun pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu gagal menamatkan kayuhan berstatus Hors Classe di Genting menyebabkan dia terkeluar pada peringkat paling mencabar itu.Bagaimanapun, dengan latihan intensif sejak seminggu lalu, Anuar yakin prestasinya sudah berada di tahap terbaik dan dia mahu mempertingkatkan lagi sepanjang perlumbaan nanti.”Saya rasa boleh menghasilkan sesuatu pada Peringkat 7 nanti kerana laluan dari Kuala Rompin ke Kuantan itu landai serta rata dan saya yakin akan berupaya mendapat keputusan yang baik di sana,” katanya.Ketiadaan laluan Genting Highlands yang dibatalkan pada saat-saat akhir juga melegakan pelumba pasukan kebangsaan, Suhardi Hassan yang menetapkan sasaran untuk cuba mengejar kedudukan jersi Asia.

“Bagaimanapun kami sedar perlu berhati-hati kerana banyak laluan akan mendapat kelebihan daripada tiupan angin, kami perlu memperbaiki teknik kayuhan supaya tidak ditinggalkan peloton,” katanya.

~ by missjewelz on February 9, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: