Marathon KL dapat sambutan

Berita Harian Online>9/2/2008

WALAUPUN tarikh tutup permohonan bagi menyertai Marathon Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIM) 2008 ialah 20 Mac ini, namun ramai pelari dari dalam dan luar negara sudah memohon untuk menyertai kejohanan yang menawarkan hadiah RM284,100.

Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (FTAAA) S Vegiyathuman berkata sehingga kini, lebih 1,000 pelari, termasuk 95 dari luar negara mengesahkan penyertaan yang akan diadakan di sekitar Dataran Merdeka pada 30 Mac ini.

“Kami sudah terima lebih 1,000 permohonan daripada peserta tempatan dan 95 dari luar negara, terutama dari Singapura, Thailand, Hong Kong dan Kenya,” katanya, semalam.

FTAAA dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah penganjur bersama acara itu yang menampilkan 18 kategori bagi lelaki dan wanita, termasuk marathon penuh bagi lelaki sejauh 42 kilometer dan perlumbaan sejauh tiga kolometer bagi murid sekolah rendah.

Vegiyathuman berkata juara edisi lepas Cyprian Kiogara (kategori lelaki) dan Winfridah Kwamboka Nyasikera (kategori wanita) dijangka mempertahankan gelaran masing-masing pada KLIM edisi ke-17 tahun ini. KLIM mula diadakan pada 1984. – Bernama

~ by missjewelz on February 9, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: