Buruan LTdL bermula

Berita Harian Online>8/2/2008

Oleh Azidan Nahar

 


CABARAN NEGARA: Pelumba Malaysia sedia mempamerkan kayuhan terbaik dalam aksi LTdL 2008 yang akan memulakan saingan dengan laluan Alor Star ke Kepala Batas menjadi cabaran pertama buat semua pelumba, hari ini.

Pakar pecut bakal menjadi lebih tumpuan pada edisi ke-13 ini

SETAHUN menanti, akhirnya perlumbaan jelajah terbesar di Asia, Le Tour de Langkawi 2008 (LTdL) akan kembali memulakan saingan dengan laluan Alor Star ke Kepala Batas akan menjadi cabaran pertama buat semua pelumba, hari ini.

Jika edisi sebelumnya, cakap-cakap mengenai siapa yang akan bergelar juara keseluruhan tertumpu kepada pendakian ke puncak Genting Highlands, senario edisi ke-13 ini jauh berbeza dengan pakar pecut lebih menjadi menjadi tumpuan.
Dengan ketiadaan pendakian ke Genting, sembilan peringkat kali ini lebih tertumpu kepada laluan landai dan lurus dan tidak menghairankan, dua nama menjadi sebutan ketika ini apabila ada menganggap penentuan sebenar akan dapat ditentukan buat pertama kali di laluan bukan mendaki.

Danilo Hondo dari Serramenti PVC Diquigiovanni-Androni Giocattoli-Selle Italia dan bekas juara pemenang lima peringkat edisi LTdL musim lalu, Alberto Loddo akan mula diperhatikan secara serius dengan mereka dikatakan akan mendominasi dengan pecutan hebat ke garisan penamat.

Dan jika memperkatakan mengenai dua pelumba ini, tiada yang lebih arif melainkan pengurus Selle Italia, Giovanni Savio yang turut pernah membimbing Loddo yang kini menyertai Tinkoff Credit System.

“Sebahagian besar peringkat pelumbaan kali ini akan melalui laluan mendatar dan ia penting buat pakar pecut kami Hondo kerana Loddo ketika ini sudah bersama Tinkoff.

“Tetapi kali ini akan ada lebih banyak kemungkinan dan kami sudah bersedia untuk melakukannya di laluan landai dengan adanya Hondo,” kata Savio dalam sidang media di Alor Star, semalam.

Hondo bukan nama asing dalam sukan berbasikal dunia apabila jagoan Jerman itu pernah menempatkan namanya di kalangan pakar pecut ProTour sehingga tercampak ke lembah hina yang hampir membawanya ke ambang persaraan gara-gara dakwaan penggunaan dadah.

Selepas dua tahun, pelumba berusia 34 tahun yang juga bekas pakar pecut Gerolsteiner itu memilih LTdL untuk kembali ke pentas profesional yang tentu saja akan memberikan semangat baru kali ini.

Selain itu, tanpa Loddo, Savio masih memiliki Jose Serpa, pakar pendaki yang muncul naib juara keseluruhan di belakang Anthony Charteau musim lalu dan dia masih yakin pasukannya akan mampu sekali lagi mempamer aksi sama.

Katanya, apa yang diperlukan ialah mengkaji setiap peringkat kali ini bagi menghasilkan kayuhan lebih baik daripada barisan enam pelumbanya.

Bagi Loddo pula, dia lebih tenang dalam memperkatakan peluangnya sambil berharap akan dapat melakukannya sekali lagi kali ini.

“Saya akan cuba memenangi Peringkat 1 nanti (hari ini),” katanya.

JADUAL LALUAN

Peringkat 1

9 Februari
Alor Star-Kepala Batas: 182.9km

Peringkat 2
10 Februari
Butterworth- Sitiawan: 159.7km

Peringkat 3
11 Februari
Sitiawan-Banting: 209.4km

Peringkat 4
12 Februari
Port Dickson-Batu Pahat:
175.5km

Peringkat 5
13 Februari
Johor Bahru-Bandar Penawar: 143.1km

Peringkat 6
14 Februari
Bandar Penawar-Kuala Rompin: 182km

Peringkat 7
15 Februari
Kuala Rompin-Kuantan: 127.6km

Peringkat 8
16 Februari
Maran-Genting Highlands: 154.8km

Peringkat 9
17 Februari
Kuala Lumpur Criterium:80.4km

~ by missjewelz on February 9, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: