‘Tour de France’ gamit Yong Li

Oleh Azidan Nahar

Peluang beraksi bersama pasukan asal Jepun, Meitan Hompo-GDR seawal 2010

JIKA tiada halangan Malaysia mungkin akan memiliki seorang pelumba pada jelajah terulung dunia, Tour de France dua tahun lagi menerusi Ng Yong Li, 22, yang kini bersama pasukan berasal dari Jepun tetapi berpangkalan di Perancis, Meitan Hompo-GDR.Ia tercetus menerusi kenyataan pelumba utama pasukan itu, Shinishi Fukushima bahawa pasukan itu memasang impian untuk bergelar antara pasukan profesional yang akan bersaing pada Tour de France seawal 2010 dengan Yong Li akan menjadi antara pelumba yang diharapkan untuk tujuan itu.

Pasukan itu juga sedang berusaha untuk mendapatkan status selaku pasukan profesional benua tahun depan dan sedang mencari ramai pelumba terbaik dari Asia bagi menyertai pelbagai perlumbaan antarabangsa khususnya di Eropah.“Pasukan kami mahu menjadi pasukan profesional benua dan kami memerlukan pelumba yang bagus untuk tujuan itu dan juga sokongan daripada pelumba Asia supaya kami dapat merealisasikan impian untuk berlumba di Tour de France pada 2010 nanti,” kata Shinishi.Shinishi ditemui ketika majlis memperkenalkan pasukan itu yang akan menyertai Le Tour de France di Bukit Jalil, semalam dan hadir sama adiknya Koji serta Yong Li.

Bagi Shinishi, kehadiran Yong Li yang akan mula menyertai mereka musim ini bakal memperkuatkan pasukan itu selain berupaya memberikan pelumba berasal dari Batu Pahat, Johor itu pengalaman berguna bagi bersaing dengan pelumba-pelumba Eropah.“Dia adalah pelumba terbaik Malaysia, dia memang bagus tetapi masih kurang pengalaman dan kami boleh beri dia pengalaman kerana ramai antara kami seperti Koji sendiri sudah berlumba di Eropah sejak berusia 24 tahun. Kami sebenarnya tidak hanya mahu memberikan pengalaman kepada pelumba Jepun saja tetapi juga seluruh Asia.“Ketika ini kami sudah melihat pelumba dari Thailand dan juga Taiwan selain Yong Li yang boleh diserapkan dalam pasukan ini dan inilah projek utama kami. Yong Li boleh menjadi pelumba terbaik di Asia nanti,” katanya yang turut meminta sokongan negara ini bagi merealisasikan impian itu.Bagi Yong Li pula dia bangga dapat menyertai pasukan antara terbaik di Asia itu dan berharap akan dapat mempamerkan aksi terbaik pada LTdL dan mempelajari banyak perkara berguna bersama pasukan itu terutama pada perlumbaan di Eropah.

Katanya, dia baru menyertai latihan selama sebulan di Thailand bersama Meitan Hompo dan ia banyak membantunya terutama mencari keputusan terbaik pada LTdL dengan harapan pasukannya supaya dia berupaya menjadi pelumba terbaik Asia kali ini.“Saya mahu menyertai pasukan ini dalam tempoh yang lama kerana mereka memiliki perancangan yang sistematik dan kami bergerak seperti sebuah keluarga. Saya rasa tidak ada masalah untuk saya dan ia tidak banyak berbeza dengan pasukan Eropah lain kerana mereka juga banyak berlumba di Eropah,” katanya.Mengenai LTdL kali ini, Yong Li menyifatkan peringkat pendakian akan lebih terbuka kepada semua pelumba dengan ramai pelumba akan berpeluang untuk memenangi pendakian di Bukit Fraser.“Tetapi saya juga akan memastikan akan berada di kelompok depan pada setiap peringkat kerana setiap hari akan melalui laluan tepi pantai dan angin kuat.“Saya perlu berhati-hati kerana ramai pakar pecut yang boleh cuba membuat pemecahan,” kata pakar pendaki itu mengenai kemungkinan perlumbaan tahun ini yang boleh ditentukan di laluan landai bukan seperti sebelumnya yang hanya tertumpu di peringkat pendakian.

~ by missjewelz on February 8, 2008.

One Response to “‘Tour de France’ gamit Yong Li”

  1. Приветствую Вас. Вот меня, как консультанта из Белорусии, беспокоит вопрос о отношении к нам, так сказать к тем, кто только начинает свою карьеру… Ходят слухи, что в других регионах в случае праздников, консультантов поздравляют, дарят подарки, а не обходятся банальной открыткой, как это делается у нас… Ведь это же воистину и приятно и понимаешь, что тебя хоть капельку, но уважают. Расскажите, как у Вас с этим?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: