Skuad negara sudah sedia

PERSIAPAN skuad berbasikal kebangsaan kini berada pada prestasi terbaik menjelang Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berlangsung dari 9 sehingga 17 Februari ini.

Jurulatihnya, Aminuddin Sulaiman berkata, setakat ini, hampir 95 peratus skuad bimbingannya bersedia mengharungi laluan mencabar sepanjang sembilan hari kejohanan.

Katanya, tumpuan latihan bukan sahaja bertumpu kepada tahap kecergasan fizikal, malah mental turut diberi perhatian khusus untuk bersaing dengan pelumba lebih berpengalaman.

“Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan komitmen pelumba.

“Saya juga berterima kasih kepada pelumba kerana berjaya mendaki laluan Bukit Fraser dengan begitu baik sepanjang sesi latihan baru-baru ini.

“Cuma, saya harap pelumba lebih berhati-hati kerana laluannya yang agak sempit dan banyak selekoh yang boleh mengundang bahaya,” katanya semalam.

Pada edisi ke-13, enam pelumba menjadi taruhan iaitu Suhardi Hassan, Mohd Fauzan Ahmad Lufti, Loh Sea Keong, Mohd Rauf Nor Misbah, Mohd Zamri Salleh dan Mohd Faris Abdullah.

Aminuddin berkata, semua pelumba kini berehat sehari di Cameron Highlands sebelum ke Alor Setar, Kedah hari ini.

~ by missjewelz on February 8, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: