KOAM nafi pinggir atlit senior

Oleh Lukman Salleh

KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menafikan mereka meminggirkan beberapa atlit senior daripada peluang berlatih serta beraksi di luar negara dalam usaha untuk layak ke Sukan Olimpik Beijing 2008.Timbalan presidennya, Karim Ibrahim, berkata sebab utama beberapa atlit senior tidak disenaraikan menjalani latihan di China dan juga kejohanan bertaraf tinggi kerana atlit terbabit mengalami kecederaan dan tidak menunjukkan prestasi terpuji sepanjang musim ini.“Saya ingin menegaskan bahawa KOAM tidak meminggirkan atlit senior ini,” kata Karim, semalam. “Sebaliknya mereka ini baru pulih daripada kecederaan dan sedang menjalani rawatan pemulihan. Ada juga sudah kembali berlatih dan disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang catatan terbaik maka sudah semestinya mereka diketepi buat seketika.
“Adalah tidak adil bagi KOAM menyenaraikan mereka sedangkan atlit yang menunjukkan prestasi ketika di Sukan Sea Korat tahun lalu diketepikan. Kami membuat pemilihan berdasarkan kepada prestasi atlit yang sedia ada.“Bagi atlit yang baru kembali menjalani latihan ini saya meminta mereka supaya meningkatkan prestasi masing-masing dan jika mereka layak untuk disenaraikan bagi latihan dan pertandingan luar negara sudah tentu KOAM akan menyenaraikan mereka.“Tetapi sebelum itu, mereka hendak terlebih membuktikan mereka sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan serta prestasi mereka sudah meningkat,” kata Karim.KOAM sebelum ini menyenaraikan kelompok atlit elit olahraga negara yang mempamer persembahan baik di Sukan Sea Korat hujung tahun lalu, untuk menimba pengalaman di luar negara apabila dijadualkan menyertai latihan selama dua bulan di Kunming bermula pertengahan bulan ini.Setakat ini, 24 nama sudah disenaraikan iaitu dari kalangan atlit yang memungut pingat emas, perak dan gangsa di Sukan Sea lalu, dengan dua daripada mereka adalah atlit luar program yang turut diberi peluang bagi menjalani latihan yang khusus untuk Sukan Sea Laos 2009 dan juga Olimpik Beijing.Mereka ialah Mohd Sharul Amri (lompat jauh) dan Mohd Zaiful Zainal Abidin (400m lelaki) yang memungut gangsa di Korat manakala selebihnya ialah atlit elit dengan tujuh daripada mereka memenangi emas dan tiga lagi perak.Namun dua nama besar olahraga – Robani Hassan (110m berpagar) dan Noraseela Khalid (400m berpagar) tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan menjelang Sukan Sea.“KOAM sudah membincangkan program latihan atlit dengan semua jurulatih termasuk jurulatih atlit yang sedang menjalani rawatan pemulihan ketika ini,” kata Karim. “Mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk meletakkan kembali atlit mereka dalam senarai elit.”

~ by missjewelz on February 8, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: