Kayuhan Le Tour de Langkawi meriah

 

LEBIH 2,000 peminat sukan berbasikal termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman mengambil bahagian dalam acara Kayuhan Le Tour de Langkawi 2008 di Putrajaya, semalam.Kehadiran orang ramai itu juga adalah yang teramai ketika program berkenaan secara tradisi diadakan seminggu sebelum bermula perlumbaan terbesar di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) yang akan memulakan saingan di Alor Star, minggu depan.“Le Tour de Langkawi ialah kejohanan berbasikal kelima terbesar di dunia dan ia disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan selain pelbagai lagi jabatan kerajaan,” kata Azalina ketika merasmikan acara itu semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique serta Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut hadir menyaksikan acara terbabit.Azalina berkata, selain dapat mempromosikan perlumbaan itu, satu daripada objektif penganjuran Kayuhan LTDL 2008 ialah untuk memperkenalkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia dengan sukan berbasikal yang seterusnya mampu membangunkan bangsa yang positif.Sambil itu, sumbangan basikal turut diberikan kepada kanak-kanak yatim manakala pengunjung bertuah turut berpeluang menerima hadiah menarik menerusi cabutan bertuah.

~ by missjewelz on February 8, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: