Tinkoff kembali hangatkan saingan LTdL edisi ke-13

Berita Harian Online>26/1/2008

PASUKAN yang memiliki sentuhan Russia, didaftarkan di Itali dan ditaja oleh jutawan berbangsa Russia yang gilakan sukan berbasikal, Tinkoff Credit Systems akan kembali menghangatkan saingan edisi ke-13 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2008 bermula 9-17 Februari ini.Dianggap antara pasukan yang mencabar pada edisi kali ini, Tinkoff menduduki tangga ketujuh keseluruhan tahun lalu dengan pakar pendaki kelahiran Russia, Pavel Brutt akan kembali bersama barisan yang dijangka mampu memberi cabaran pada setiap peringkat bersama gandingan enam pelumba sensasi bagi perlumbaan tahun ini.Ramai masih mengingati Brutt adalah pelumba yang memberikan kemenangan pertama dalam sejarah Tinkoff Credit Systems apabila memenangi Peringkat 9 dari Putrajaya ke Seremban pada 10 Februari tahun lalu.

“Ia adalah permulaan yang diimpikan. Kemenangan itu, yang pertama bagi saya untuk pasukan baru dan pertama buat pasukan, memberi inspirasi yang besar. LTdL memberi asas permulaan yang kukuh dan kesan positif untuk musim awal termasuk di Giro.“Secara keseluruhannya, ia memberi tenaga untuk fizikal saya apabila berlumba pada awal musim di lokasi yang cukup meriah dan cantik. Pada awal karier sebagai pelumba remaja, saya hanya berlumba di Amerika Latin pada musim sejuk,” kata Brutt.Pasukan ini kembali menyertai LTdL dengan selera lebih besar – termasuk barisan yang mengandungi pemenang lima peringkat yang dilamar daripada pasukan Serramenti Diquigiovanni-Androni Giocattoli pada penghujung musim lalu, Alberto Loddo.

Bersama Loddo yang turut dibeli ialah pakar pendaki Colombia, Walter Pedraza, yang dijangka menjadi antara pelumba pilihan untuk memenangi gelaran individu keseluruhan bagi edisi ini.Pedraza yang bertubuh kecil menduduki tangga ketiga keseluruhan dalam LTdL tahun lalu di belakang Anthony Charteau dari Credit Agricole dan rakan sepasukannya ketika itu, Jose Serpa.Loddo, pakar pecut kelahiran Itali akan dibantu pelumba berbakat dari Russia berusia 22 tahun, Nikolai Trusov, yang turut bertanding dalam perlumbaan tahun lalu dengan empat daripada enam pelumba Tinkoff kali ini adalah pelumba yang turut menghangatkan saingan LTdL tahun lalu.Muka baru dalam barisan Tinkoff kali ini ialah pelumba Belarus, Yauhen Sobal dan pakar mendaki dari Russia, Sergey Klimov, masing-masing berusia 27 tahun.

“Perlumbaan itu dianjurkan dengan baik dan segala-galanya berada pada tahap yang tinggi. Tiada satu kecacatan pun. Cukup untuk mengatakan, kami diberi masa seminggu untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas dan perbezaan zon masa.“LTdL memberikan sensasi baru, seronok menghabiskan masa di negara yang cukup berbeza berbanding dengan semua tempat yang pernah saya lawati sebelum ini,” kata Brutt, 25.

 

 

~ by missjewelz on February 2, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: