Yufang dapat lampu hijau beraksi di Olimpik Beijing

 

Oleh Harris Rajahdin

KEBIMBANGAN Yuan Yufang terlepas tiket beraksi di Sukan Olimpik 2008 akibat ketiadaan pengesahan rasmi, terpadam sehari selepas itu apabila atlit lumba jalan kaki itu menyatakan sudah menerima lampu hijau beraksi di Beijing, Ogos nanti.

Yufang, 32, memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada pengurus besar Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Aminuddin Mohd Nasir yang memberitahunya namanya berada senarai atlit yang layak ke Beijing daripada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

“Tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya baru saja menerima panggilan daripada pengurus besar yang menyatakan nama saya berada pada senarai atlit layak ke Olimpik yang dihantar pagi tadi (semalam),” katanya pada majlis pengenalan Pasukan Elit PowerBar 2008-09, semalam.

Kelmarin, Naib Presiden KOAM, Karim Ibrahim mencetuskan kegemparan apabila menimbulkan kemungkinan Yufang tidak dapat beraksi di negara kelahirannya, China, Ogos ini berikutan kegagalan mereka menerima sebarang hitam putih daripada IAAF.

Dengan catatan Yufang perlu disahkan terlebih dulu dari IAAF sebelum mengesahkan penyertaannya di Olimpik, KOAM bimbang badan olahraga dunia itu menghadapi masalah untuk mentafsirkan surat pengesahan penganjur dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, pada majlis pengenalan berkenaan, Yufang dipilih bersama-sama 43 atlit lain untuk menerima tajaan pemakanan PowerBar bagi tempoh dua tahun.

~ by missjewelz on January 26, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: