JM bebas dadah

Harian Metro>26/1/2008

JELAJAH Malaysia (JM) 2008 membuktikan bahawa kesemua pelumba yang mengambil bahagian bebas daripada penyalahgunaan dadah semasa perlumbaan yang berlangsung pada 7 hingga 13 Jan baru-baru ini.

Pengerusi Perlumbaan JM 2008, Datuk Astaman Abdul Aziz, berkata Inspektor Anti-Doping UCI, William Clinch dari Australia mengesahkan perkara itu, sekali gus membuktikan JM’08 berjaya dalam kempen anti dadah yang dijalankan semasa berlangsungnya perlumbaan itu.

“Ini adalah kejohanan pertama dalam kalendar UCI 2008 bebas dari penggunaan dadah. JM sebagai perlumbaan pertama dalam kalendar UCI memberikan imej yang baik dan menjadi contoh kepada perlumbaan basikal yang seterusnya.

“Saya berharap kesemua pelumba akan terus mengamalkan gaya hidup yang sihat tanpa menjerumuskan diri dalam penyalahgunaan dadah,” katanya.

 

Astaman berkata, kes penyalahgunaan dadah sebelum ini sedikit sebanyak memburukkan imej sukan lumba basikal dan JM diharap mampu menaikkan semula imej sukan itu.
“Saya mahu JM kekal dengan rekod bersih ini dan kami akan terus menyokong kempen anti doping ini supaya pelumba sedar mengenai seriusnya isu ini,” katanya.

~ by missjewelz on January 26, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: