M. Noor cuba pendakian solo Menara KL

Utusan Online> 16/1/2008

 

KUALA LUMPUR – Jurugambar akhbar Utusan Malaysia, Mohd. Noor Mat Amin akan cuba mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records menerusi ‘Pendakian Solo 50 Menara Kuala Lumpur’ awal Februari ini.

Mohd. Noor yang mengukir nama dalam Projek Malaysia Everest 1997 akan mendaki Menara Kuala Lumpur sebanyak 50 kali mulai 1 hingga 3 Februari ini.

Beliau akan membuat pendakian di menara itu melalui 2,058 anak tangga secara solo.

‘‘Saya menjangkakan mengambil masa satu jam untuk menghabiskan setiap pendakian. Bagi satu pendakian, saya akan menghabiskan sebanyak 2,058 anak tangga, kemudian turun menerusi laluan yang sama.

‘‘Bagi mencapai pendakian 50 kali, saya jangka tidak akan tidur selama dua malam untuk menamatkan segera pendakian,’’ katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad di sini, semalam.

Cabaran itu dijangka disertai kira-kira 2,000 peserta tempatan dan antarabangsa.

Bagi cabaran yang menawarkan hadiah keseluruhan RM95,000 itu, peserta akan memulakan larian di Hutan Simpan Bukit Nanas, sebelum mendaki anak tangga sehingga ke puncak Menara Kuala Lumpur.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, acara tahunan kali ketujuh sejak 1998 anjuran Menara Kuala Lumpur itu antara lain bertujuan mempromosikan Malaysia.

Katanya, cabaran terbahagi kepada 13 kategori, antaranya lelaki dan wanita terbuka, veteran serta lelaki dan perempuan junior.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di Menara Kuala Lumpur dan di pejabat Persatuan Atlet Amatur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTAAA), di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Jalan Hang Jebat, di sini sebelum 30 Januari ini.

FTAAA juga akan membuka kaunter pendaftaran di Taman Tasik Perdana, di sini pada 19 dan 20 Januari ini.

Kaunter dibuka pukul 10 pagi hingga 5 petang manakala hari berikutnya pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

~ by missjewelz on January 16, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: