Akta Kecergasan Kebangsaan diperkenal

Utusan Online> 16/1/2008

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membentangkan satu akta baru bagi aktiviti sukan yang melibatkan kecergasan, rekreasi dan gimnasium di Parlimen dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman berkata, Akta Pembangunan Kecergasan Kebangsaan itu penting dalam memastikan semua pusat latihan kecergasan dan gimnasium di negara ini didaftarkan.

‘‘Akta itu kini telah siap dan ia akan dibentangkan pada persidangan parlimen yang terdekat,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog bersama jurulatih kecergasan NFC 2008, di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas akta tersebut diluluskan, ia akan mewajibkan semua jurulatih kecergasan, gimnasium dan rekreasi untuk mendaftarkan diri.

Jelasnya, objektif utama akta tersebut adalah untuk memastikan semua jurulatih sukan tersebut didaftarkan dan memiliki lesen mengendalikan aktiviti sukan tersebut.

Beliau berkata, akta itu juga akan melindungi jurulatih-jurulatih yang berdaftar dan menjadikan jurulatih tempatan diterima serta ‘laku’ di pasaran, sama ada di dalam atau luar negara.

Jelas beliau, masa depan jurulatih kecergasan adalah cerah dan kerjaya itu kini menjadi semakin penting di dalam sukan.

Sehubungan itu, kata beliau, satu badan akan diwujudkan bagi memantau dan memastikan semua pusat untuk sukan tersebut didaftarkan di bawah kerajaan.

Selain itu, beliau berkata, badan itu juga akan menyemak proses memohon lesen tersebut, sama ada ia ditauliahkan menerusi badan dalam negara atau ditauliahkan dari badan berkuasa di luar negara.

Menurut Azalina, melalui sistem perlesenan menerusi akta tersebut, kualiti dalam sukan tersebut akan dapat dipertingkatkan dan menjamin keselamatan ketika mengendalikan aktiviti sukan tersebut.

‘‘Tujuan akta itu juga untuk menyatu dan membentuk jurulatih sukan kecergasan, gimnasium dan rekreasi di bawah satu bumbung,’’ ujarnya.

Menurut beliau, sebanyak 250 orang jurulatih kecergasan dan seramai 35 jurulatih gimnasium rakyat yang telah mendaftarkan diri.

Kata beliau, KBS juga sedang berusaha menambah bilangan jurulatih di dalam sukan rekreasi.

~ by missjewelz on January 16, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: