JM 2008 terkilan ‘dipinggirkan’ Azalina

KUALA LUMPUR – Kemeriahan kejohanan lumba basikal Jelajah Malaysia 2008 (JM 2008) yang berakhir semalam agak sedikit suram ekoran ketiadaan orang nombor satu sukan Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketiadaan Menteri Belia dan Sukan (KBS) itu sememangnya dirasai apabila kejohanan itu telah mencapai kemuncak dan mencatat sambutan yang baik oleh pelumba-pelumba luar negara.

Tatkala para pelumba tempatan berjaya menempa nama dan menjuarai JM 2008, kemeriahan tersebut sepatutnya dikongsi oleh orang kuat sukan negara itu.

Pengarah Operasi JM 2008, Emir Abdul Jalal berkata, pihaknya terasa sedikit terkilan dengan ketiadaan menteri sukan itu bagi memeriahkan suasana.

‘‘Kami bukan mahu ‘besar kepala’, tetapi ini satu acara besar yang turut melibatkan pelumba antarabangsa, jadi penglibatan KBS amat diperlukan.

‘‘Namun begitu, saya berterima kasih kepada Menteri Pelancongan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang banyak memberi sokongan dan hadir pada sesi pelepasan dan penamat JM 2008,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kata beliau, kehadiran Azalina pada kejohanan itu adalah sangat-sangat dinantikan dan boleh menyuntik semangat pelumba negara untuk memberi saingan pada kejohanan tersebut.

Emir berkata, kejohanan selama tujuh hari itu telah berjaya menarik minat 50 pasukan terbaik dunia dan sembilan pasukan benua.

Beliau berkata, pasukan dari Malaysia telah berjaya memenangi separuh daripada hadiah yang dipertandingkan iaitu sebanyak RM245,00 dan ia sesuatu pencapaian yang baik untuk pelumba-pelumba tempatan sendiri.

~ by missjewelz on January 14, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: