Hadiah kemenangan buat bakal isteri

Utusan Online>14/1/2008

KUALA LUMPUR – Pemenang jersi putih bagi kategori pelumba tempatan terbaik perlumbaan Jelajah Malaysia 2008 (JM 2008), Suhardi Hassan menghadiahkan kemenangannya itu kepada bakal isterinya Norkhairo Najjah Mohd Rahimi.

Pelumba yang mewakili pasukan Kuala Lumpur itu bakal melangsungkan perkahwinannya dengan gadis kelahiran Perak berusia 26 tahun selepas perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang akan berlangsung pada bulan Mac akan datang.

Suhardi, 25, yang berasal dari Perlis menganggap perlumbaan JM kali ini amat bermakna buatnya ekoran berjaya memenangi kategori pelumba tempatan terbaik selain menempatkan diri dalam kelompok 10 pelumba terbaik jelajah.

‘‘Kemenangan ini saya tujukan khas buat bakal isteri saya dan juga keluarga serta rakan- rakan yang banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang karier saya dalam sukan lumba basikal,’’ katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kata Suhardi, dia mula mengenali bakal isterinya itu ketika menyertai Jelajah Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2000 dan mengikat tali pertunangan tahun lepas dengan gadis yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Grik itu.

Suhardi yang berlumba untuk pasukan Kuala Lumpur untuk JM 2008 akan kembali bersama pasukan kebangsaan untuk LTdL.

~ by missjewelz on January 14, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: