Tonton hampiri kejuaraan

 

GENTING HIGHLANDS – Pelumba berpengalaman dari Indonesia, Tonton Susanto hampir pasti untuk ditabalkan sebagai juara keseluruhan Jelajah Malaysia (JM) 2008 selepas tamatnya perlumbaan peringkat enam yang bermula dari Kuala Kubu Bharu ke Genting Highlands semalam.

Tonton, 35, yang mewakili pasukan benua tempatan, LeTua berjaya menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan hari ini dengan perbezaan masa hanya 12 saat daripada pemenang peringkat enam, Hossein Askari yang mencatatkan masa 3 jam 10 minit dan 11 saat.

Pelumba yang berasal dari Bandung, Indonesia itu tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan jersi merah pada perlumbaan peringkat terakhir hari ini kerana perlumbaan kriterium hari ini dijangka akan tamat dalam kelompok besar.

Tempat kedua keseluruhan kini adalah milik Ghader Mizbani (Tabriz Petrochemical) yang mempunyai perbezaan masa 11 saat dengan Tonton.

“JM 2008 sangat istimewa buat saya kerana ini merupakan kemenangan pertama saya mendapat jersi juara keseluruhan dalam perlumbaan jelajah dan saya berterima kasih kepada pasukan LeTua yang memberikan kerjasama sangat baik.

“Kemenangan ini saya tujukan khas buat isteri dan anak saya terutamanya anak kedua saya, Nayyara Raisa Putri yang akan menyambut ulang tahun kedua pada bulan depan,” katanya yang berazam untuk terus berlumba biarpun dimamah usia.

Katanya perlumbaan hari ini adalah sangat sukar dan meletihkan tetapi beliau tetap dengan strategi untuk mengekori Ghader sehingga ke garisan penamat.

Pemegang jersi polka dot (raja bukit) Hossein Askari hari ini berpeluang untuk mempamerkan kehandalannya di peringkat pendakian apabila memenangi peringkat enam yang sejauh 122.2 kilometer (km).

Sementara itu kedudukan Anuar Manan (LeTua) sebagai raja pecut agak tergugat apabila pelumba dari Tabriz Petrochemical, Hossein Jahabanian hari ini menyapu bersih 15 mata di tiga zon pecutan dan mengumpulkan keseluruhan 21 mata.

“Saya akan memastikan tidak ada pelumba yang memotong saya dalam pungutan mata esok dan saya hanya perlu memenangi satu zon pecutan bagi memastikan jersi biru ini kekal milik saya,” kata Anuar.

Jersi RTM masih kekal milik pelumba dari Kuala Lumpur, Suhardi Hassan dengan merekodkan 21 jam 39 minit.

JM 2008 yang akan berakhir hari ini merangkumi jarak perlumbaan sejauh 1,003.8 km dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM245,000 yang menjadi rebutan 21 pasukan yang bertanding

~ by missjewelz on January 13, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: