Jangan lantik jurulatih sesuka hati – Azalina

KUALA LUMPUR – Semua pemilihan jurulatih dalam persatuan sukan perlu diteliti dan disemak oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dibuat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, setiap jurulatih yang dipilih untuk menerajui setiap persatuan sukan perlu diteliti latar belakang terlebih dahulu dan tidak boleh dilantik dengan sesuka hati.

‘‘Kebanyakan jurulatih yang dilantik oleh persatuan tidak melalui kualiti pencarian Lembaga Kejurulatihan Malaysia sebalik terus kepada persatuan tersebut,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas sesi lawatan di ISN semalam.

Azalina berkata, semua jurulatih yang bakal dilantik perlu mempunyai kredibiliti dan kualiti yang diperlukan serta memeriksa dengan lengkap latar belakang seseorang jurulatih itu.

‘‘Setiap jurulatih dalam negara ini juga harus bersikap fleksibel dengan menerima penggunaan sistem sains sukan dan kebanyakan jurulatih di negara ini masih tidak mahir dalam bidang sains sukan.

‘‘Kementerian tidak mahu jurulatih yang menolak pendekatan sains sukan dan jika seseorang jurulatih gagal untuk mematuhinya dia boleh pergi ke negara lain yang tidak menggunakan sistem sains sukan,’’ tegas Azalina.

Jelasnya, kejayaan beberapa persatuan sukan di Korat adalah disebabkan penggunaan sains sukan dan selebihnya masih tidak berbuat demikian kerana masih berpegang kepada kejayaan lepas.

‘‘Jika seseorang jurulatih itu tidak menunjukkan prestasi yang bagus kita harus melepaskannya dan pemilihan jurulatih tidak boleh dilakukan sesuka hati sebaliknya kemampuannya untuk memberikan keputusan yang cemerlang.

‘‘Begitu juga saintis sukan yang dipilih harus mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi kebanyakan persatuan kekurangan saintis dan pakar dalam perubatan sukan malah ada persatuan yang berkongsi kepakaran itu,’’ kata Azalina.

Dalam pada itu Azalina tidak menafikan saintis sukan dan pakar perubatan sukan tidak mencukupi dalam negara seperti yang dimaklumkan oleh ISN.

Katanya, peruntukan yang bakal disalurkan oleh kementerian perlu mengambil kira aspek kejurulatihan dan kepakaran sains sukan dalam setiap persatuan sukan.

‘‘Bajet setiap persatuan akan ditetapkan untuk jurulatih, kegunaan sains sukan dan perubatan sukan dengan MSN akan memantau setiap akaun persatuan tersebut.

“Kita tidak mahu persatuan yang diberikan peruntukan, berbelanja dengan sesuka hati tanpa ada sebarang pecahan dan keperluan persatuan itu sendiri,’’ tegasnya.

~ by missjewelz on January 12, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: