Anuar cipta hatrik

KARAK – Pelumba pasukan benua, LeTua, Anuar Manan semalam menjadi pelumba tempatan pertama yang berjaya mencatatkan hatrik selepas mencipta tiga kemenangan pada perlumbaan Jelajah Malaysia (JM) 2008 sejak ia bermula Isnin lepas.Pelumba berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu berjaya menyamai rekod pelumba dari Indonesia, Samai Amari dari pasukan Wismilak yang memenangi tiga peringkat pada perlumbaan JM 2003 yang pada masa itu berstatus 2.6.Anuar, 22, menamatkan perlumbaan sejauh 133.7 kilometer (km) dari Gemas ke Karak semalam dengan catatan masa 3 jam dan 54 saat yang juga berjaya mengatasi rekod peribadinya ketika memenangi dua peringkat pada perlumbaan JM 2007.”Saya gembira kerana dapat memenuhi cita-cita untuk mengatasi rekod dua kemenangan pada perlumbaan yang sama tahun lepas.

 Saya sangat berterima kasih kepada pasukan saya yang banyak membantu saya memungut lebih mata sejak zon pecutan pertama lagi.”Jalan yang berliku pada hari ini tidak menghalang saya untuk berada di kelompok depan malah ia merupakan kelebihan kepada saya untuk memenangi perlumbaan hari ini,” kata Anuar yang masih memegang jersi biru (raja pecut) buat kali kelima berturut-turut.Pada perlumbaan semalam, Anuar menambah 10 lagi mata di zon pecutan di Pasir Besar dan Bahau bagi membolehkannya mengumpul 29 mata.Anuar meninggalkan Suhardi Hassan di tempat kedua yang hanya mengumpul 15 mata, Sementara itu kesemua jersi yang dipertandingkan tidak bertukar tangan dengan jersi merah (pelumba terbaik keseluruhan) masih milik Tonton Susanto dari pasukan LeTua, Suhardi Hassan – Kuala Lumpur (jersi RTM) dan Hossein Askari – Tabriz Petrochemical (jersi polka dot).Tonton yang memegang jersi merahbuat kali kedua berkata pada 1 km sebelum garisan penamat, kelompok pelumba di depannya terlibat dalam insiden perlanggaran tetapi beliau berjaya mengelak ke tepi.Hossein pula yang tidak dapat memungut sebarang mata pada zon pendakian di Mancis semalam berkata perlumbaan hari ini merupakan peringkat terpenting buat beliau dan pasukannya.”Esok (hari ini) merupakan giliran pasukan kami pula untuk menguasai podium. Kami mahu memenangi peringkat esok (hari ini) dan kalau boleh mahu terus menguasai jersi polka dot ini. Harap esok (hari ini) merupakan hari yang baik buat pasukan Tabriz,” katanya.JM 2008 yang akan berakhir Ahad ini merangkumi jarak perlumbaan sejauh1,003.8 km dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM245,000 yang menjadi rebutan 21 pasukan yang bertanding.

~ by missjewelz on January 12, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: