Jersi merah bertukar tangan di Muar

 Berita Harian Online > 11/1/2008 

GILIRAN SAYA: Tonton Susanto ungguli jersi merah selepas menang peringkat keempat dari Batu Pahat ke Muar sejauh 178.8km pada Jelajah Malaysia, petang semalam.

TONTON Susanto keluar daripada bayangan rakan sepasukan LeTua Cycling Team yang kini hangat diperkatakan, Anuar Manan untuk merampas jersi merah pendahulu keseluruhan Jelajah Malaysia 2008 pada peringkat keempat dari Batu Pahat ke Muar, semalam.

Tonton, kelahiran Bandung, Indonesia mengejutkan ramai apabila berada ketiga terpantas di garisan penamat di Jalan Petri, Dataran Maharani ketika pelumba berusia 34 tahun itu lebih dilihat akan menonjol pada laluan pendakian peringkat keenam Karak ke Genting Highlands.

Juara klasifikasi Asia 2002 Le Tour de Langkawi itu yang dibawa masuk pasukan benua tempatan, LeTua untuk memperkuatkan serangan kawasan berbukit kembali ke asal-usulnya sebagai pakar pecut untuk memperkukuhkan kedudukan pasukan di tempat ketiga kedudukan keseluruhan.

 

Pemenang pingat perak ujian masa individu Sukan Sea Korat itu berpeluang untuk menyarung satu lagi jersi menjelang peringkat kelima berbukit, hari ini.

“Saya akan berwaspada terhadap ancaman lawan pada peringkat ‘king of mountain’, saya juga akan pertahankan jersi merah yang saya menangi,” katanya.

Pelumba Sweden, Fredrik Johansson dari Differdange-Apiflo Vacances muncul juara selepas membuat ‘break-away’ secara solo hampir 200 meter dari garisan penamat dengan catatan empat jam 4 minit 31 saat diikuti Kohei Uchima yang konsisten di tempat kedua untuk mengukuhkan pasukan kebangsaan Jepun di tempat kedua keseluruhan.

Pada hari yang menyaksikan pertukaran jersi merah daripada pelumba Marco Polo, Li Fu Yu ke Tonton, giliran pelumba Kuala Lumpur, Suhardi Hassan untuk merampas jersi putih pelumba terbaik tempatan daripada Amir Mustafa Rusli (MCF) berdasarkan kejayaannya meraih tempat keenam pada perlumbaan, semalam.

Suhardi yang berada dalam kelompok pemisah di Labis bersama-sama Johansson kembali memperagakan taringnya selepas tenggelam pada tiga peringkat sebelumnya.

Dengan jersi putih itu dalam genggamannya, Suhardi, kelahiran Perlis itu mengintai jersi biru raja pecut disuntik kejayaannya menyapu ketiga-tiga zon pecut di Yong Peng (44.9 km), Labis (88km) dan Gerisek (145 km).

“Saya akan cuba melakukan break away pada sprint, insya Allah saya akan mengutip mata esok (hari ini),” kata Suhardi yang mengulangi senario JM 2007 apabila merampas jersi putih pada peringkat keempat.

Anuar yang meraih dua kemenangan peringkat sebelum ini kekal sebagai pemegang jersi biru dengan 19 mata, tanpa meraih sebarang mata, semalam. Suhardi menghambat di tempat kedua dengan 15 mata.

Tanpa zon bukit, KOM, pelumba Iran, Hossein Askari yang mewakili Tabriz Petrochemical kekal sebagai penyandang jersi polka dot.

HARI INI

Peringkat kelima dari Gemas ke Karak

PERMULAAN: Stesen Petronas, Jalan Segamat
TAMAT: Dataran Niaga Karak
JARAK: 133.7 km
BERMULA: 2.30 petang
DIJANGKA TAMAT: 5.42 petang

KEPUTUSAN
Peringkat keempat Batu Pahat ke Muar – 178.8 km

1 Frederick Johansson (Differdange-Apiflo) 4 jam 4 minit 31 saat;
2 Kohei Uchima (Jepun) 4’04:31s;
3 Tonton Susanto (LeTua) 4’04’34s;
4 Lam Kai Tsun (Hong Kong) 4’04’34s;
5 Suhardi Hasaan (Kuala Lumpur) 4’04’34s;
6. Saeditanha Abbas (Islamic Azad University) 4’04’34s;
7 Ghader Mizbani (Tabriz Petrochemical) 4’04’34s;
8 Kaushige Kuboki (Jepun) 4’04’34s;
9 Tomoya Kano (Skil Shimano) 4’04’34s;
10 Masakazu Ito (Jepun) 4’04’34s.

Klasifikasi Individu (jersi merah)

1 Tonton Susanto (Le’Tua) 15 jam 21 minit 26 saat;
2 Ghader Mizbani (Tabriz Petrochemical) 15’21:30s;
3 Frederick Johansson (Differdange-Apiflo) 15’23:26s;
4 Suhardi Hassan (Kuala Lumpur) 15’23:31s;
5 Saeditanha Abbas (Islamic Azad University) 15’23:35s.

Raja pecut (jersi biru)

1 Anuar Manan (MAS) LeTua 19 mata;
2 Suhardi Hassan (MAS) Kuala Lumpur 15 mata;
3 Makoto Iijima (JEP) kebangsaan 13 mata.

Raja bukit (jersi polka dot)

1 Hossein Askari (IRN) Tabriz Petrochemical 8 mata;
2 Paul Griffin (IRL) Giant Asia Racing 5 mata;
3 Tonton Susanto (INA) LeTua 3 mata.

Pelumba terbaik tempatan (jersi putih)

1 Suhardi Hassan (Kuala Lumpur) 15:23:31s;
2 Amir Mustafa Rusli (MCF) 15:28:04s;
3 Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (kebangsaab) 15:28:07s.

Pasukan terbaik keseluruhan
1 Pasukan kebangsaan Jepun 46:08:59s;
2 Tabriz Petrochemical Iran 46:18:41s;
3 LeTua Cycling Team Malaysia 46:19:48s.

~ by missjewelz on January 11, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: