Pelumba LeTua buktikan di Port Dickson

 Berita Harian Online> 8/1/2008

Oleh Harris Rajahdin


UNGGUL: Li Fu Yu menjulang tangan sebaik melintasi garisan penamat peringkat pertama di Port Dickson, petang semalam.

ANUAR Manan membuktikan dia bukan kejutan sementara sebaliknya fenomena berkekalan apabila sekali lagi mengungguli jersi biru pecut pada peringkat pertama perlumbaan Jelajah Malaysia dari Putrajaya ke Port Dickson semalam.

Pelumba berusia 20 tahun dari pasukan LeTua itu dibantu rakan sepasukan Ahmad Haidar Anuawar, Mohd Nor Rizuan Zainal, Mohd Sayuti Zahit, Tonton Susanto dan Ryan Arehan melakukan pecutan pada zon kedua pecut Seremban berjarak 52.8 km untuk meletakkannya pada landasan mengulangi kejayaan 2007.

Sebelum itu, Sayuti yang berperanan melindungi Anuar daripada serangan, bertindak berani meloloskan diri daripada peloton untuk mengutip mata pada zon pertama Semenyih berjarak 20.5 km.

Dengan laluan peringkat kedua hari ini dari Seremban ke Melaka meliputi laluan landai, Anuar dan rakan sepasukannya mahu mengambil kesempatan untuk mengutip mata bagi meraih kemenangan peringkat pertama perlumbaan itu.

“ Strategi pasukan esok (hari ini) adalah untuk mengambil kesempatan laluan landai bagi memberikan mata kepada saya. Tidak banyak break away yang akan disaksikan, jadi saya harap kami dapat mengutip mata.

“Sekarang ini sasaran kami adalah gelaran peringkat keseluruhan, mengharapkan kerjasama rakan sepasukan untuk menghalang lawan membuat break away untuk meraih gelaran peringkat atau jersi pecut,” kata anak kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu.

Peringkat pertama yang bermula di Dataran Putrajaya menyaksikan pelumba Kuala Lumpur, Suhardi Hassan membuat pemisahan awal dengan menjarakkan kedudukan sejauh 30m.

Pendahuluan itu gagal diteruskan memasuki laluan 44.1 km zon bukit (KOM) pertama di Mantin yang berketinggian 192.3m.

Giliran pelumba Jepun, Yoshimasa Hirose dari pasukan Skil Shimano dan pelumba Islamic Azad University Team, Abbas Saeditanha untuk memisahkan diri dengan tiga kumpulan pelumba terbentuk dengan jarak kumpulan kedua dan ketiga dipisahkan 150m.

Pemisahan itu bertambah besar apabila 14 pelumba menyertai kelompok pertama di depan sebelum zon pecut kedua.

Dalam kelompok itu, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi yang menyarung jersi kebangsaan bertindak solo memisahkan diri dengan jarak 50km daripada garisan penamat di Kelab Diraja Port Dickson.

Tindakan berani itu yang tidak disokong rakan sepasukannya gagal diteruskan menjelang 10km terakhir apabila tercicir daripada kelompok besar itu yang akhirnya tertinggal tujuh pelumba.

Pelumba pasukan Trek Marco Polo, Li Fu Yu dari China mengekalkan henjutannya untuk menamatkan perlumbaan sejauh 179.7km itu dengan merekodkan masa 4 jam 12 minit dan 19 saat diikuti pelumba StegComputer, Marcel Strauss dari Switzerland yang berada 4 saat di belakang.

Tempat ketiga diraih Nielsen Jacob dari Denmark yang menyarung jersi Team Farson, berada dua saat di belakang Strauss.

Ahmad Fauzan yang diisytiharkan sebagai pemenang jersi putih pelumba terbaik tempatan peringkat pertama berikutan tempat ke-15 dalam klasifikasi terpaksa menelan realiti pahit apabila gelarannya itu diberikan Amir Mustafa Rosli yang mewakili pasukan benua tempatan, MCF berkedudukan ke-11 apabila jumlah mata terakhir dikira.

Gelaran raja bukit pertama diraih Hossein Askari, yang meraih kemenangan di zon KOM pertama Mantin dan ketiga di Johol (170.2m). Tonton Susanto dari LeTua Cycling mencuri tumpuan apabila meraih kemenangan di zon kedua pendakian Ulu Bendul (272.3m).

~ by missjewelz on January 10, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: