Anuar terus unggul di peringkat ke-3

Oleh Harris Rajahdin

KITA JUARA: Anuar (tengah) diapit pemenang kedua, Hossein (kiri) dan ketiga, Kudentsov meraikan kejayaan saingan peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2008 dari Bandar Hilir ke Batu Pahat, semalam.

HUJAN renyai menyambut ketibaan Anuar Manan ke Batu Pahat sebagai juara peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2008 yang dibayangi insiden kemalangan berhampiran penamat semalam.Perlanggaran itu berlaku 200 meter sebelum garisan penamat di Batu Pahat Walk, penamat perlumbaan 163.8 km dari Bandar Hilir Melaka, membabitkan dua pelumba LeTua Cycling Team, Mohd Sayuti Zahit dan Haidar Anuawar Ahmad yang bekerja keras menghalang lawan merapati Anuar bersama-sama empat pelumba lain termasuk Mohd Hariff Salleh (MCF).Begitu pun kecederaan itu dianggap tidak serius oleh jurulatih LeTua, Johari Nayan yang menyatakan Mohd Sayuti dan Haidar Anuawar cergas untuk menyertai peringkat seterusnya hari ini dari Batu Pahat ke Muar.

Anuar yang tidak menyedari perlanggaran itu kerana berada di depan, berjaya pada saat terakhir untuk meloloskan diri untuk meraih kemenangan dengan kelebihan setengah tayar dengan catatan 3 jam 55 minit 35 saat diikuti rapat Hossein Nateghi dari Tabriz Petrochemical dan Sergey Kudentsov dari pasukan Marco Polo, yang turut mencatat masa yang sama.Presiden Komisar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) II, Martin Bruin yang mengekori di belakang dengan motosikal menyifatkannya sebagai keadaan biasa yang berlaku dalam perlumbaan basikal dan bukannya tindakan sengaja pelumba menghalang lawan.”Ia boleh berlaku di mana-mana. Anda mendapati hampir 100 pelumba bersama-sama dalam kelompok besar yang bergerak 60-65 kmsj dan mereka dipisahkan dengan jarak milimeter dan bukan sentimeter.

“Mereka boleh bertembung sesama sendiri dan hanya memerlukan satu insiden dan ia (kemalangan) boleh berlaku,” kata warga Belanda itu.Kemenangan peringkat yang kedua buat Anuar, 20, diiringi dengan kejayaan mengekalkan gelaran jersi biru pecut selepas meraih kemenangan pada zon pecut pertama berjarak 44.9 km di Bukit Pasir.Mengulas strategi pasukannya untuk mengekalkan jersi biru hari ini, Anuar berkata rakan sepasukannya pasti akan cuba menghalang Makoto Iijima daripada melakukan break away untuk mengutip lebih banyak mata esok (hari ini).Iijima dari pasukan kebangsaan Jepun meraih dua kemenangan pada dua zon pecut seterusnya di Parit Sulong (88.2 km) dan Parit Raja (141.4 km) untuk menghambat Anuar dalam perebutan jersi biru.

Pelumba Jepun itu kelihatan dapat menambah gelaran peringkat ini kepada dua kemenangan pecut itu tetapi break away yang dilakukannya 3 km sebelum tamat, berjaya dikejar peloton seperti yang berlaku kepadanya kelmarin.Dengan ketiadaan zon bukit, Hossein Askari mewakili Tabriz Petrochemical mengekalkan jersi polka dot manakala jersi putih pelumba kebangsaan terbaik masih dikekalkan oleh Amir Mustafa Rosli dari pasukan benua Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MCF) selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-55.Li Fu Yu dari Trek Marco Polo yang menamatkan perlumbaan di tangga ke-15 untuk mengekalkan jersi merah sebagai pendahulu keseluruhan.

~ by missjewelz on January 10, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: