Anuar kuasai laluan landai tawan Semabok

 

KELEBIHAN di laluan landai dimanfaatkan sepenuhnya Anuar Manan untuk meraih kemenangan peringkat kedua laluan Seremban ke Melaka, Jelajah Malaysia 2008 di samping mengekalkan gelaran jersi biru pecut pada hari yang menyaksikan wakil tempatan menunjukkan belang dengan mengungguli semua zon pecut, semalam.

Anak kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu memisahkan diri dari kelompok pendahulu 25 kilometer meter di garisan penamat di Stadium Tun Fatimah, Semabok untuk meraih gelaran pertama peringkat dalam JM2008.

Namun, skrip mungkin berbeza buat pelumba berusia 20 tahun yang mewakili LeTua Cycling Team itu jika Makoto Iijima mengekalkan henjutannya menjelang 3 km tamat perlumbaan.

Iijima yang menyarung jersi kebangsaan Jepun mengancam untuk mengulangi kejayaannya menjuarai peringkat pertama JM2007 dari Bentong ke Kuantan apabila bertindak berani memisahkan diri di Sungai Udang.

Dia meninggalkan pelumba kebangsaan, Mohd Rauf Nur Misbah yang membuat ‘break-away’ bersamanya lima km selepas itu dan mendahului sehingga 3km terakhir sebelum peloton mengejar merapatinya.

“Ketika 30 kilometer terakhir, kumpulan yang mengejar sudah merapatkan diri dengan kumpulan pendahulu. Masa itu Iijima yang berkayuh seorang, dah mula perlahan, kerjasama rakan sepasukan yang membolehkan saya berada di depan pada 300m terakhir,” kata Anuar yang mengungguli dua daripada tujuh peringkat JM2007.

Li Fu Yu dari Trek Marco Polo yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam mengekalkan jersi merah pendahulu selepas muncul juara peringkat pertama Putrajaya ke Port Dickson, kelmarin.

Amir Mustafa Rusli dari pasukan benua MCF menamatkan perlumbaan di tempat ke-69 untuk mengekalkan jersi putih pelumba terbaik tempatan keseluruhan. Ketiadaan zon bukit (KOM) menyaksikan Hossein Askari dari Tabriz Petrochemical, Iran mengekalkan jersi polka dot.

Dalam perebutan jersi biru pecut, strategi pelumba tempatan mengekori rapat Anuar dari LeTua Cycling Team turut membawa tuah kepada pelumba negara dari tiga pasukan berbeza, LeTua Cycling Team, kebangsaan dan MCF apabila menyapu semua tempat teratas pada zon pecut pertama di Pedas (23.9 km) dan yang kedua di Teluk Gadong.

Mohd Jasmin Ruslan dari MCF bertindak berani meloloskan diri dari peloton 200m dari Pedas, meraih kemenangan pertamanya dalam peringkat pecut JM2008 diikuti Anuar, Mohd Zamri Salleh dari pasukan kebangsaan dan rakan sepasukan Anuar, Mohd Sayuti Zahit.

Pada laluan Telok Gadong yang berjarak 70.2 km, giliran Anuar untuk mengulangi kecemerlangan apabila menempatkan diri di depan Mohd Zamri, Mohd Sayuti dan Mohd Hariff Salleh (MCF).

Zon pecut ketiga di Sungai Udang berjarak 113.9 km diungguli Mohd Rauf atas hasil kerja kerasnya membuat break away bersama 10 pelumba lain di Alor Gajah, Melaka.

~ by missjewelz on January 10, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: