LeTua jadi pertaruhan terbaik

Berita Harian Online > 7/1/2008
Oleh Harris Rajahdin

BAKAT MUDA: Kumpulan pelumba muda negara yang akan menyahut cabaran Jelajah Malaysia 2008 bermula hari ini.

Laluan Putrajaya-Port Dickson hari ini bakal beri gambaran awal impian besar itu

PERLUMBAAN berbasikal tertua di negara ini, Jelajah Malaysia (JM 2008) yang meningkat usia 45 tahun membuka tirainya, hari ini dengan harapan realistik negara untuk meraih penghormatan terletak pada LeTua yang mencipta kejutan, tahun lalu menerusi kejayaan menjuarai dua daripada tujuh peringkat JM 2007.

LeTua menjanjikan harapan untuk membanggakan Malaysia sebagai penganjur dengan apabila peringkat pertama dari Putrajaya ke Port Dickson memberikan ujian pertama kepada keupayaan pelumba pecut mereka khasnya penyandang jersi hijau pecut, Anuar Manan untuk mengulangi kecemerlangan di tiga zon pecutan laluan landai manakala empat zon berbukit (KOM) di Mantin, Bukit Putus, Ulu Bendul dan Senaling digalas dua pendaki Indonesia, Ryan Ariehaan dan Tonton Susanto.

Sungguh pun peringkat ini tidak sesukar laluan pendakian ke Genting, Cameron atau pun Fraser Hill, jarak pendakian yang jauh akan memberi gambaran kepada pelumba tentang cabaran yang perlu dihadapi dalam perlumbaan peringkat seterusnya.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk meraih mata dalam zon pecut pada kilometer 24. Mengenai KOM, ia tidak begitu tinggi sangat, saya akan cuba mengambil masa di sana,” kata Anuar.

Tidak dilupakan sumbangan rakan sepasukan, Ahmad Haidar Anuawar, Mohd Nor Rizuan Zainal dan Mohd Sayuti Zahit yang berkorban atas kepentingan sepasukan LeTua yang juga berpeluang mencuri tumpuan jika tonggak utama mendapati diri mereka dikawal ketat lawan.

Buat wakil tempatan lain, pasukan kebangsaan Malaysia yang kekurangan serba serbi dari segi pembiayaan dan ketiadaan dua daripada tonggaknya, Suhardi Hassan yang mewakili Kuala Lumpur dan Mohd Firdaus Daud tetap semangat untuk mencipta kejutan dengan sandaran diletakkan kepada Thum Weng Kim dan trio berpengalaman – Mohd Fauzan Ahmad Lutfi, Mohd Rauf Nur Misbah dan pelumba skuad pembangunan, Mohd Faris Abdul Razak.

Pasukan benua Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MCF) yang mewah dari segi penajaan dan baru ditubuhkan turut mampu mencipta kejutan pada penampilan pertama menerusi Mohd Saiful Anuar Aziz, Mohd Jasmin Ruslan, Mohd Hariff Salleh, Amir Mustafa Rosli, Mohammad Akmal Amrun dan Mohd Zamani Mustaruddin.

Suhardi, juara 2003 dan 2004 serta penyandang gelaran pelumba keseluruhan terbaik tahun lalu, terpaksa bekerja keras pada kali ini untuk mengekalkan jersi putih tajaan RTM bersama-sama Wan Mohammad Najmee Wan Mohammad, Razif Jaafar, Mohd Sazlee Ismail, Ahmad Fallanie Ali dan Hanizam Basri.

Juara bertahan Giant Asia Racing Team yang berpangkalan di Taiwan dilihat menghadapi saingan lebih sukar untuk mengekalkan gelaran tahun ini dengan kemasukan pasukan pro benua Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dari Belanda, Skil Shimano yang menggunakan sepenuhnya khidmat pelumba Jepun.

Dari segi perebutan gelaran individu, Ghader Mizbani dari Iran menghadapi kesukaran untuk mengulangi kecemerlangannya menjuarai jersi bukit (polka dot) apabila memilih pasukan negara kelahiran Tabriz Petrochemical.

~ by missjewelz on January 9, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: