Kes doping: UCI mula bertindak

BERIKUTAN ‘wabak doping’ yang melanda Eropah dengan meluas sejak kebelakangan ini, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kawalan dadah buat kali pertama bagi siri Jelajah Malaysia 2008.Biarpun kes doping jarang kedengaran di benua Asia, UCI tidak mahu ‘penyakit’ itu merebak ke benua ini dengan Ketua Komisar, Zhao Jin Shan, memperkenalkan ujian doping berakhirnya satu peringkat perlumbaan.“Empat pelumba akan diuji dan dua akan diambil secara rawak. Empat pelumba tersebut adalah pemenang keseluruhan, peringkat, bukit dan pecut,” katanya pada taklimat media Jelajah Malaysia 2008 di Hotel Concorde Shah Alam, semalam.

Mengenai pegawai bertanggungjawab yang akan menjalani ujian tersebut, Jin Shan berkata mereka akan dilantik daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan bukannya daripada UCI.“Kejohanan ini tidak berada pada senarai A UCI, jadi inspektor doping tidak akan menjalankan ujian.“Ujian akan dijalankan oleh pegawai yang dilantik Persekutuan (MNCF).

“Begitu pun, undang-undang anti-doping UCI tetap akan berkuatkuasa.”Mengenai jenis ujian yang akan dijalankan dia berkata: “Hanya air kencing akan diuji dan bukan sel darah merah,” katanya.

~ by missjewelz on January 9, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: