MSN ancam sisih sukan gagal

Berita Harian Online> 21/12/2007

Oleh Harris Rajahdin


Bantuan dikurangkan, tiada tempat ke Laos ‘09 tanpa peningkatan mendadak

ACARA sukan yang ditakrif gagal menepati sasaran Majlis Sukan Negara (MSN) di Temasya Korat ‘07 bakal berdepan tindakan digugurkan terus daripada menyertai Sukan Sea 2009 di Laos kecuali berlaku kemajuan mendadak sebelum edisi berikut bermula.

Ada kemungkinan juga bantuan kewangan atau program latihan juga akan turut dihentikan agar sumber itu dapat dialihkan kepada kemajuan acara sukan lain yang memiliki prospek serta kemampuan untuk menyerlah di pentas antarabangsa.

“Ada acara yang amat mengecewakan kita di sebalik kejayaan meraih 68 pingat emas di Korat. Apa yang pasti, masa depan penyertaan setiap sukan yang gagal mencapai sasaran terpaksa dikaji semula penyertaan mereka bagi temasya akan datang selepas ini,” kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (gambar) pada majlis korban Aidil Adha di Vista MSN semalam.

Mesej itu tidak dinafikan membawa maksud hanya atlit dan pasukan terbaik sahaja akan dikekalkan dalam program MSN bagi menjaga kualiti sukan negara.

Teguran keras itu dilontar khususnya, ke arah sukan subjektif kerana ketika di Korat atlit silat, umpamanya yang disasarkan memenangi tiga pingat emas hanya pulang meraih satu perak sungguh pun menjanjikan persembahan baik atas pencapaian tujuh emas di Kejohanan Dunia.

Segala perkembangan itu akan ditulis dalam laporan Sukan Sea XXVI yang menurut Zolkples akan disediakan dalam tempoh sebulan sebelum mesyuarat jemaah menteri.

Justeru untuk mengelakkan kekecewaan berulang, ketua pengarah berkenaan minta setiap persatuan sukan kebangsaan yang terbabit dalam acara subjektif tampil gigih menghasilkan atlit bertaraf dunia bagi mengatasi segala manipulasi dan tipu helah pihak tuan rumah di Sukan Sea, umpamanya.

“Kita harus sediakan atlit yang berada pada tahap tinggi. Walaupun apa cara sekali pun, kita boleh membataskan ia dengan atlit yang berada pada taraf lebih tinggi daripada mereka, seperti atlit yang berada pada tahap Asia,” katanya.

Mengenai perancangan akan datang, sasaran seterusnya MSN adalah program padu ke arah Sukan Olimpik 2008, Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2010 serta Sukan Olimpik 2012.

“Kini kudrat kita mengalih ke arah Olimpik 2012, Kami sudah mengadakan bengkel dan akan bertemu persatuan sukan pada mesyuarat jawatankuasa bersama.

“Selepas ini pelaksanaan (program) Olimpik 2008, (Sukan) Asia dan Komanwel 2010. Pada masa yang sama kami juga akan melihat Laos berdasarkan sukan yang dikurangkan,” katanya.

Pada majlis korban semalam, MSN mengorbankan empat ekor lembu, jumlah yang paling besar dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas pengorbanan atlit negara meraih 68 emas 52 perak dan 82 gangsa – pencapaian kedua terbaik dalam Sukan Sea sejak Kuala Lumpur 2001.

~ by missjewelz on December 21, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: