Habuan menanti atlet emas

Utusan Malaysia, 21/12/207

Oleh Hisyamuddin Ayub dan Ferzalfie Fauzi

KUALA LUMPUR – Habuan besar bakal menanti atlet yang meraih pingat emas di Sukan SEA Korat Ke-24, baru-baru ini dalam satu majlis meraikan kemenangan mereka pada 2 Januari depan.

Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, RM5,000 akan diberikan kepada atlet yang berjaya memperoleh emas bagi acara individu dan RM1,000 seorang kepada atlet berkumpulan melebihi lima orang.

Katanya, di bawah skim hadiah kemenangan sukan negara, jumlah ganjaran yang diberikan itu berdasarkan peruntukkan yang telah dipersetujui untuk temasya Sukan SEA.

‘‘Ini merupakan satu insentif kepada mereka yang berjaya memperoleh emas pada temasya sukan tersebut,’’ katanya kepada para pemberita selepas majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha, di sini, semalam.

Anugerah

Ditanya sama ada MSN ada mengadakan anugerah atlet terbaik untuk Sukan SEA, Zolkples berkata, setakat ini, tiada pilihan atlet terbaik untuk satu-satu temasya sukan yang disertai.

Namun begitu, katanya, MSN akan mengambil kesempatan pada majlis itu untuk mengiktiraf atlet-atlet yang berjaya memperoleh banyak emas seperti atlet ekuestrian, Qabil Ambak Mahamad Fathil, Chrystal Lim dan beberapa atlet lain.

Mengulas persediaan Sukan Olimpik di Beijing pada tahun depan, beliau berkata, MSN berpuas hati dengan penambahan atlet dan bilangan sukan yang akan mengambil bahagian di dalamnya.

Sebagai contoh, katanya, acara memanah telah mencatat peningkatan apabila tiga orang pemanah berjaya melayakkan diri ke temasya itu.

Selain itu, Zolkples berkata, acara renang juga mencatat penambahan atlet untuk bersaing dan ini merupakan perkembangan yang baik.

Menyentuh sasaran pingat di Olimpik Beijing, Zolkples berkata, MSN hanya menaruh harapan kepada sukan badminton.

‘‘Sukan hoki masih belum menampakkan jalan untuk memperoleh pingat. Kita berada di dalam kumpulan yang sangat mencabar.

‘‘Hoki mempunyai tugas yang sukar. Jika layak, itu pun sudah boleh dibanggakan,’’ ujarnya.

 

~ by missjewelz on December 21, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: