Daniel pesaing utama anugerah Olympian 2007

Berita Harian Online> 21/12/2007

Oleh Ahmad Khawari Isa

DUA kuakan emas ketika memperagakan kelibat di temasya Sukan Sea XXIV di Korat, baru-baru ini menjulang Daniel Bego selaku pesaing utama kepada atlit ekuestrian negara, Qabil Ambak untuk perebutan anugerah Olympian 2007.

Kedua-duanya adalah antara lima atlit disenarai pendek oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk anugerah yang diberikan khusus sebagai pengiktirafan pencapaian gemilang dalam temasya pelbagai acara.

Turut bersaing dalam kategori lelaki itu ialah penerjun negara, Yeoh Ken Nee – yang menang tiga emas di Korat – serta dua atlit memenangi dua emas temasya sama, pemanah negara, Cheng Chu Sian dan atlit karate, Lim Yoke Wai.

Namun, tumpuan lebih terarah buat Daniel hasil dua rekod baru Sukan Sea acara 100m kuak kupu-kupu – kepantasan 54.33 saat turut membolehkannya melepasi had kelayakan Sukan Olimpik – dan 200m gaya bebas.

Qabil pula dilihat saingan utama hasil daripada kemampuannya menyamai pencapaian terbaik peribadi memenangi empat emas – acara dressage individu dan berpasukan serta jumping individu dan berpasukan.

Kategori wanita pula diramal menjadi saingan perenang muda, Khoo Cai Lin – yang memenangi dua pingat emas – serta gimnas berirama negara, Crystal Lim Wen Chean yang menang empat pingat emas, termasuk tiga daripada acara individu.

Turut bersaing dalam kategori itu ialah penerjun negara, Leong Mun Yee yang memenangi emas acara 1 meter papan anjal individu dan 3m terjun seirama.

Cai Lin harus bermula pilihan utama hasil daripada kejayaan memenangi acara 400m dan 800m gaya bebas dengan kedua-duanya hasil catatan rekod baru temasya serantau itu.

Lebih hebat, catatan 4:18.20s dan 8:47.80s dalam kedua-dua acara itu juga mengesahkan tiketnya untuk bertanding pada Sukan Olimpik di Beijing, tahun depan.

“Semua calon-calon itu disenarai pendek daripada senarai pemenang pingat emas Sukan Sea lalu. Secara keseluruhannya, Lembaga MOM jelas berpuas hati dengan kualiti pencalonan kali ini,” kata Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi.

Anugerah itu bakal menyaksikan pemenang menerima RM10,000 dalam majlis dijangka diadakan, awal bulan depan.

Dalam perkembangan berkaitan, semua lapan atlit berkenaan turut diumumkan tergolong dalam senarai penerima anugerah Atlit Temasya Sukan Sea MOM-Manulife sebagai menghargai pencapaian emas ketika temasya serantau itu.

Setiap mereka, bersama-sama pemenang pingat emas lainnya, bakal menerima imbuhan RM1,000 hasil kejayaan masing-masing. Turut diberikan penghargaan ialah pencipta rekod kebangsaan ketika temasya itu yang bakal menerima RM500 setiap seorang.

~ by missjewelz on December 21, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: