PM ucap tahniah buat kontinjen Sukan Sea

 Berita Harian Online

Oleh Azrina Ahzan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam mengucapkan tahniah atas kejayaan atlit negara mengutip 68 pingat emas – mengatasi sasaran 64 emas, sekali gus merangkul tempat kedua dalam jumlah keseluruhan pungutan pingat pada temasya Sukan Sea ke-24 di Korat, Thailand yang berakhir Sabtu lalu.

Abdullah berkata, kejayaan atlit negara membuktikan rakyat negara ini mampu berjaya dalam apa juga bidang termasuk sukan jika mereka mempunyai keyakinan serta kesungguhan untuk mencapai impian masing-masing.

“Saya amat gembira dan bangga dengan kejayaan atlit kita. Malah, dalam mesyuarat Kabinet ada membincangkan mengenainya dan kita turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Azalina Othman) serta semua pegawai yang terbabit dengan sukan.

 

“Kita juga ingin mengucapkan tahniah kepada atlit yang memenangi pingat, khususnya emas,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Perusahaan Sepang Maju Sdn Bhd, di Banghuris di Sepang pada hari terakhir lawatan kerja dua harinya ke Selangor, semalam.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohammad Khir Toyo dan isteri, Datin Seri Zaharah Kechik.

Dalam temasya dwi-tahunan itu, Malaysia berjaya muncul sebagai naib juara dengan pungutan 68 pingat emas, 52 perak dan 96 gangsa di belakang tuan rumah, Thailand berjaya memungut 183 pingat emas, 123 pingat perak dan 103 pingat gangsa.

Ia adalah kejayaan cemerlang dan gemilang buat Malaysia kerana pungutan 68 emas ini yang kedua terbaik secara keseluruhan sejak Sukan Sea 2001.

Abdullah menambah, kemenangan itu turut memberi detik gembira kepada semua kaum memandangkan sukan adalah alat paling berkesan untuk mengeratkan hubungan kaum di negara ini.

Justeru, beliau menyarankan supaya lebih banyak program sukan dianjurkan di peringkat sekolah dalam usaha menyerahkan hubungan antara pelbagai kaum.

“Kita dapat lihat atlit adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan kejayaan mereka meraih pingat bukan saja menggembirakan kaum tertentu saja tetapi semua kaum dan semua rakyat Malaysia,” katanya.

~ by missjewelz on December 19, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: