Peluang Qabil, Cai Lin cerah — Anugerah Olimpian 2007

Utusan Malaysia Online, 20/12/2007

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

Qabil Ambak Mahamad Fathil meraih empat pingat emas di Sukan SEA Korat baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kejayaan ekuin utama negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil memenangi empat pingat emas di Sukan SEA Korat, baru-baru ini membawanya menghampiri pengiktirafan sebagai Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2007.

Atlet berusia 27 tahun ini dilihat berpeluang lebih cerah setelah dicalonkan dengan empat lagi juara pada temasya dwitahunan ke-24 ini iaitu perenang Daniel Bego, Cheng Chu Sian (memanah), Yeoh Ken Nee (terjun) dan Lim Yoke Wai (karate).

Mereka bakal berentap merebut ganjaran RM10,000 dan pingat emas pada majlis penyampaian anugerah itu yang dijadual dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Wisma MOM pada Februari depan.

Qabil merupakan Olimpian Lelaki MOM 2001 selepas menyumbang empat pingat emas dan dipilih Olahragawan Terbaik Sukan SEA Kuala Lumpur 2001 manakala Leong Mun Yee juga dengan empat emas, muncul Olimpian Wanita 2001.

Qabil bakal dinilai dengan empat emas acara dressage (individu dan berpasukan), showjumping (individu dan berpasukan) termasuk ketika bergandingan dengan saudaranya, Quzandria Nur dan Quzier Ambak Mahamad Fathil; Lee Cheng Ni, Putri Alia Soraya Ahmad Shuhaimi, Syed Omar Syed Abu Bakar Almohdzar dan Syazna Leen Zulhasnan.

Daniel pula tidak kurang hebatnya dengan mempertaruhkan kejayaan menggondol dua emas 100 meter kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas, Chu Sian menerusi memanah recurve individu dan berpasukan, Ken Nee (terjun papan anjal 1 dan 3m) dan Yoke Wai (karate bawah 65 kilogram dan terbuka).

Anugerah

Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, majlis anugerah itu biasanya diadakan beberapa minggu selepas setiap Sukan SEA mahupun Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik tetapi tahun ini terpaksa ditunda ke Februari tahun depan kerana kepadatan jadual dan kesuntukan masa.

‘‘Kami pun baru habis mengharungi Sukan SEA Korat malah perlu mengambil kira kelapangan waktu dalam mengundang tetamu kenamaan pada majlis Olimpian itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, Mun Yee yang meraih dua emas terjun papan anjal 1m dan renang seirama papan anjal 3m di Korat, dicalonkan semula bagi merebut gelaran Olimpian Wanita 2007 dengan gimnas pemenang empat emas, Chrystal Lim dan Khoo Cai Lin – juara 400m dan 800m gaya bebas.

Jika dinilai kepada kuantiti emas yang dimenangi dalam temasya ke-24 itu, gelarannya tampak condong menjadi milik Chrystal yang mengumpul emas gimnastik berirama disiplin belantan, reben, tali (individu) dan berpasukan bersama-sama Foong Siew Ting, Jamie Lee dan Wan Siti Haniza Wan Izahar.

Bagaimanapun sekiranya berdasarkan kualiti persaingan, Cai Lin lebih menonjol apatah lagi dengan catatan 8 minit 47.80s yang memecahkan rekod 800m Sukan SEA berusia 19 tahun milik bekas duyung emas negara, Nurul Huda Abdullah dan layak ke Sukan Olimpik dalam Kategori B.

~ by missjewelz on December 19, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: