Kerjasama bantu kejayaan Ironman

Berita Harian Online, 19/12/2007

Oleh Hasnira Hassan

KEMATANGAN usia penganjuran Kejohanan Ironman Langkawi buat kali kelapan tahun ini, meyakinkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman yang membayangkan kerjasama lebih erat perlu diadakan antara penganjur dan kerajaan negeri bagi memajukan lagi sukan lasak itu, termasuk menubuhkan akademi latihan.

Baginya, kemajuan sukan triathlon berpotensi besar bukan saja dalam usaha melahirkan lebih ramai jaguh sukan tahan lasak yang tidak memerlukan modal tinggi, tetapi pada masa yang sama membantu memperluaskan sektor pelancongan negeri.

“Kita harap pusat kawalan latihan triathlon dapat diwujudkan di Langkawi dan bagi kerajaan negeri pula, triathlon dapat dijadikan sebagai tambahan kepada sektor pelancongan sedia adanya.

 

“Jika kerajaan negeri dapat merealisasikan cadangan ini bersama penganjur, maka atlit triathlon dapat dihantar ke akademi khas mereka.

“Dalam konteks ini, mungkin Tan Sri Ram Sama (Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden LIEM Sdn Bhd) dapat berbincang dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid,” katanya semalam.

Ironman Langkawi – kejohanan yang dimulakan pada 2000, dengan memerlukan peserta menamatkan acara renang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal sejauh 180.2km dan larian marathon 42.2km dalam tempoh 17 jam bagi memperoleh gelaran Ironman.

Sukan itu tidak membabitkan kos yang tinggi dari segi infrastruktur pertandingan, sebaliknya hanya menggunakan kemudahan sedia ada bagi melengkapi tiga disiplin – berenang, berbasikal dan berlari.

Berikutan itu, Azalina turut menamakan Langkawi sebagai lokasi paling sesuai bagi pembangunan sukan yang dijangka mampu menarik minat generasi muda Malaysia.

Dengan menginspirasikan kejayaan cemerlang wanita gagah negara, Kimbeley Yap Fui Li yang mengekalkan status juara bertahan triatlon apabila menghadiahkan pingat emas buat negara pada Sukan Sea di Pattaya City, minggu lalu, Azalina berharap bukan saja klinik triathlon ditubuhkan tahun depan, tetapi juga program penggalakkan kepada peringkat akar umbi.

Kejohanan tahunan yang bermula pada 23 Februari akan diteruskan bagi edisi kesembilan oleh Langkawi Ironman Endurance Malaysia (LIEM), tahun depan dengan mensasarkan 1,000 atlit, meskipun mencatatkan 600 penyertaan dari 32 negara kini.

Ironman Malaysia yang diiktiraf World Triathlon Corporation (WTC) kali ini, menawarkan 35 slot kelayakan bagi kategori umur dan profesional untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Dunia di Kona, Hawaii.

~ by missjewelz on December 19, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: