Sukan Sea: Thailand tekad sekat hajat Malaysia bolot semua emas

Berita Harian

SKUAD eventing Thailand mahu menghalang Malaysia daripada menyapu bersih pingat emas ekuestrian Sukan Sea ini pada ketika skuad negara berusaha keras untuk mengatasi pencapaian lima emas yang dilakukan pada Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur.

Pengurus pasukan Dr S Selvarajah berkata dengan dua emas ditawarkan dalam acara eventing, Thailand dijangka menggunakan kelebihan mereka iaitu pengetahuan selok belok tempat saingan dan kelebihan sebagai tuan rumah, bagi mengejutkan Malaysia.

Katanya, penunggang Malaysia dilihat selesa dengan keadaan tempat pertandingan selepas Amir Zulkefle menduduki tempat pertama sewaktu sesi ujian manakala rakan sepasukan S Lingesparan di tempat kelima.

 

Penunggang Malaysia yang lain adalah Tunku Nazroff Tunku Moksin, Johari Lee dan Eric Lee Chin Hon.

Dr Selvarajah berkata Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang semua enam pingat emas yang ditawarkan selepas memenangi tiga emas sehingga kini, dalam acara dressage berpasukan dan individu serta Show Jumping berpasukan.

Qabil Ambak Mahamad Fathil pula dalam kedudukan yang baik untuk menang emas keempat dan mengulangi pencapaian terbaik empat emas pada 2001, katanya.

Penunggang berusia 27 tahun itu, yang menang pingat emas acara Show Jumping individu dan perak bagi kategori berpasukan pada Sukan Sea Manila dua tahun lalu, adalah pilihan untuk menang acara Show Jumping individu.

“ Qabil Ambak dan Syed Omar (Almohdzar) mampu menang… kita boleh dapat tempat pertama dan kedua,” kata Dr Selvarajah.

Katanya skuad negara sudah mencapai sasaran tiga emas yang disasarkan Persatuan Ekuestrian Malaysia, dan kini mahu memperbaiki catatan pada 2001.

Ekuestrian pada Sukan Sea XXIV akan diteruskan hari ini sehingga Sabtu dengan acara eventing dan Show Jumping individu yang masih tinggal.

~ by missjewelz on December 18, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: