Sukan Sea: Rayzam buat kejutan besar

Berita Harian Online

Turun sekadar pelari gantian berjaya rampas emas dan cipta rekod baru kejohanan

TANPA dicanang atau diiringi paluan kompang, Rayzam Shah Wan Sofian secara mengejut mengumumkan kehadirannya dalam arena olahraga antarabangsa penuh bergaya apabila memenangi emas Sukan Sea lari berpagar 110 meter dalam percubaan pertamanya.

Tambah menjadikan kejayaan itu lebih gemilang ialah dia berhasil mencatatkan rekod baru temasya itu dengan kepantasan 13.91 saat.

 

Pada ketika Malaysia tampak akan kehilangan emas dalam acara itu selepas kecederaan melanda juara bertahan dan pelari utama Robani Hassan, Rayzam mengisi kekosongan itu dengan larian emas, sekali gus menjadikan dirinya kini menjadi ikutan dan buruan lawan dan juga kawan.

Anak kelahiran Keningau, Sabah itu adalah atlit keempat kebangsaan berjaya mencatatkan masa bawah 14 saat bagi acara berkenaan dan paling muda melakukannya pada ketika pelari berstatus legenda Nur Herman Majid melakukannya pada usia 25 tahun di Hiroshima pada 1994 dan begitu juara Robani pada awal usia 22 tahun yang dilakukannya pada 2005 di Makkah.

Dengan kejayaan itu, Rayzam mengalihkan pandangan kepada rekod kebangsaan 13.73s milik Nur Herman serta kelayakan Olimpik Beijing iaitu 13.70s.

“Saya gembira kerana pada usia 19 tahun saya sudah berhasil melakukan catatan bawah 14 saat,” kata Rayzam. “Ia pencapaian menakjubkan dan kini saya mahu memburu rekod Nur Herman dan juga kelayakan ke Sukan Olimpik Beijing tahun depan dan saya percaya mampu melakukannya.

“Untuk datang ke sini buat pertama kali dan memenangi emas adalah kejayaan luar biasa. Tambah menjadikan kejayaan ini lebih gemilang ialah saya berhasil mencatatkan rekod baru Sukan Sea.

“Semuanya sempurna buat saya ketika membuat larian dan mungkin kerana saya tidak diberikan sebarang harapan dengan tumpuan lebih kepada Muhd Faiz (Muhammad) saya dapat menumpukan kepada larian saya.

“Saya pasti ramai yang terkejut terutama sekali Thailand dengan kemenangan saya,” katanya.

Apa yang penting bagi Malaysia sekarang ialah negara memiliki dua jagoan lari berpagar – Rayzam dan Robani – yang diharapkan dapat membangkitkan saingan sengit serta sihat seperti ketika zaman Watson Nyambek-Azmi Ibrahim dalam acara 100m.

~ by missjewelz on December 18, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: